Skip to main content

10 Hari Pertama

Sebagai seorang ibu baharu, anda telah membaca, menonton dan menggelintar Internet untuk belajar apa-apa sahaja yang boleh dipelajari - tetapi apabila bayi sudah berada di depan mata, anda mungkin inginkan satu senarai yang ringkas sahaja. Untuk membantu anda bermula dengan baik, kami telah menyediakan panduan pantas tentang asas-asas bayi.

First 10 Days

Memegang

Anda mungkin mendapati bayi anda yang baru lahir itu terlalu lemah dan lembut, tetapi jangan takut untuk menyentuh, mengendalikan atau

mendukung bayi anda! Malah, kajian menunjukkan bahawa bayi yang dipegang lebih daripada 2 jam sehari berkembang dengan lebih baik dan kurang menangis.

Oleh sebab tengkuk si manja belum mempunyai otot, anda perlu menyokong kepalanya setiap kali mengangkatnya. Anda juga perlu menyokong kepala bayi baru lahir menggunakan bahu atau tangan anda semasa mendukungnya.

Memandikan

Masa Mandi Bayi

Elle Walker menjelaskan bahawa memandikan bayi setiap hari tidak memudaratkan si manja

Sesetengah pakar kanak-kanak mengesyorkan ibu supaya membersihkan si manja dengan span sahaja sehinggalah tali pusat kering dan tertanggal (biasanya selepas satu atau dua minggu). Pelajari cara untuk memberi si manja mandian span dan pastikan semua kelengkapan mandi yang diperlukan ada tersedia sebelum si manja tiba. Ini akan mengelakkan anda daripada terlepas detik-detik manis dengan si manja baharu anda itu.

Cara Memilih Produk untuk Bayi Baru Lahir

Produk bayi yang ideal sepatutnya tidak merengsakan kulit atau mata dan tidak mengeringkan kulit atau mengganggu pH semula jadi kulit bayi anda. Perkara yang paling penting, ia hendaklah disimpan dengan baik bagi membantu mengekalkan kualitinya semasa penggunaan biasa.

Ketahui tentang Janji Kami kepada anda dan si manja

Menukar Lampin

Ramai ibu bapa baharu terkejut dengan jumlah lampin yang mereka tukar dalam sehari. Untuk memudahkan hidup anda, sila pastikan anda sentiasa mempunyai stok lampin yang banyak sebelum bayi dibawa pulang. Anda juga digalakkan untuk mempelajari cara menukar lampin si manja lebih awal (dan berlatih!).

Menenangkan

Kebanyakan bayi menangis sebanyak 2 jam sehari dalam 3 bulan yang pertama. Walaupun perkara ini mungkin membingungkan, ia adalah normal.

Untuk menenangkan si manja, mula-mula cuba kenal pasti punca mengapa si manja berasa tidak selesa. Adakah si manja lapar? Adakah perut si manja kembung? Adakah lampin si manja basah? Adakah si manja perlu tidur sekejap? Adakah si manja terangsang oleh bunyi, cahaya atau aktiviti secara berlebihan?

Untuk membantu menenangkan bayi yang mengantuk atau terangsang secara berlebihan, sandarkan si manja di bahu dan goyangkannya dengan perlahan-lahan. Nyanyi atau bercakap kepada si manja dengan suara yang sangat perlahan – tenangkannya dengan suara yang menenteramkan. Anda juga boleh menggosok belakang si manja semasa berbuat demikian. Cuba pelbagai kedudukan yang berlainan untuk mencari kedudukan yang selesa untuk anda berdua.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan : Si manja tidak banyak bergerak dalam beberapa minggu yang pertama. Dia mungkin akan menangis untuk meminta bantuan jika dia baring dalam kedudukan yang tidak selesa di atas katilnya. Alih kedudukannya dengan perlahan-lahan untuk membantu si manja baring dengan selesa. Tetapi demi keselamatan, sentiasa baringkan bayi anda dalam kedudukan menelentang untuk tidur.

Urutan Bayi

Mengeratkan Ikatan & Menenangkan

Sentuhan ialah bahasa pertama si manja dan cara yang hebat untuk ibu menjalinkan ikatan dengan si manja mereka.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa urutan boleh merehatkan bayi, memperbaik pola tidur dan menenteramkan mereka apabila mereka asyik meragam. Memberi bayi anda urutan juga merupakan cara yang baik untuk merapatkan hubungan dengan si manja. Selain itu, urutan sangat mudah untuk dilakukan.

Menyusu

Ramai pakar penjagaan kesihatan bersetuju bahawa tiada apa yang lebih baik untuk si manja jika dibandingkan dengan susu ibu. Bercakap dari segi pemakanan, susu ibu dibuat khusus untuk bayi anda. Kita semua maklum bahawa, kadangkala ibu tidak dapat menyusukan anaknya kerana masalah perubatan atau situasi lain yang tertentu. Sila berbincang dengan pakar kanak-kanak anda tentang cara yang terbaik untuk menyusukan bayi baru lahir.

Tidak kira apa pun kaedah yang anda pilih untuk menyusukan bayi anda, sentiasa pastikan anda memegang si manja semasa menyusukannya. Dakapan semasa menyusukan membantu anda menjalinkan ikatan kasih sayang yang erat antara anda dan si manja.

Tidur

Cara si manja tidur akan berubah dengan pertambahan usianya. Bayi baru lahir banyak tidur sepanjang 24 jam sehari dan kerap terjaga tidak kira siang atau malam. Walaupun begitu, anda masih boleh mula menetapkan rutin masa tidur untuk si manja, walaupun seawal 6 hingga 8 minggu. Apabila si manja semakin membesar dan sebahagian besar daripada waktu tidurnya berlaku pada waktu malam dengan “tidur sekejap” yang semakin berkurangan, anda boleh membantu si manja menetapkan pola tidur secara beransur-ansur dan membantu dia belajar bahawa waktu malam adalah untuk tidur dan bukannya untuk bermain.

Ketahui lebih lanjut tentang membantu si manja tidur lebih lena dengan Rutin 3 Langkah JOHNSON’S®

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Bersiap Sedia untuk Bayi Anda

Cara menyediakan rumah anda untuk menyambut bayi baharu.

Logo Baby Center

Hari Pertama di Rumah

Detik-detik pertama anda di rumah bersama bayi baharu boleh membuatkan anda berasa teruja dan terharu pada masa yang sama. BabyCenter® memberikan senarai terperinci untuk membantu anda bersedia.

Related Products

Related Articles

Preparing for Baby Callout

Perubahan Badan Anda

Ketahui bagaimana badan anda akan berubah semasa hamil dan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk tetap berasa yakin dengan diri sendiri sepanjang tempoh 9 bulan yang istimewa ini.

preparing_for_baby_callout_3

Sebelum Bayi Lahir

Anda akan menjadi ibu dan bapa – detik paling istimewa dalam hidup anda! Jika anda berasa gementar, itu normal.

preparing_for_baby_callout_4

Menyediakan Bilik Bayi

Anda tidak perlu membeli perabot yang mewah atau mainan yang mahal untuk menyediakan bilik bayi yang ideal. Anda hanya perlu membuat pertimbangan bagi memastikan persekitaran itu selamat, tenteram dan bersedia untuk menyambut bayi anda.

preparing_for_baby_callout_6

Menyusukan Bayi Anda

Masa menyusu merupakan waktu yang baik untuk duduk diam, berehat dan mengeratkan ikatan dengan bayi anda melalui sentuhan. Ibu-ibu menyusukan bayi mereka dengan pelbagai cara yang berlainan. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyusukan bayi anda.