Memberi susu badan
Ramai pakar penjagaan kesihatan bersetuju bahawa tiada apa yang lebih baik untuk bayi jika dibandingkan dengan susu ibu. Bercakap dari segi pemakanan, susu ibu dibuat khusus untuk anak anda. Ia mempunyai semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Ia lebih mudah dicerna berbanding susu formula dan kemungkinan untuk ia menyebabkan tindak balas alahan adalah lebih rendah. Memberi susu badan membolehkan ibu memindahkan antibodi daripada sistem imunnya kepada si bayi melalui susu. Ini akan meningkatkan sistem pertahanan badan bayi terhadap jangkitan. Selain itu, susu badan juga akan berubah secara semula jadi agar sesuai dengan perubahan keperluan si manja seiring dengan pertambahan usianya.
Terokai petua memberi susu badan
Cara Lain untuk Memberikan Khasiat
Kita semua maklum bahawa, kadangkala ibu tidak dapat menyusukan anaknya kerana masalah perubatan atau situasi lain yang tertentu. Sila berbincang dengan pakar kanak-kanak anda tentang cara yang terbaik untuk menyusukan bayi baru lahir. Tidak kira apa pun kaedah yang anda pilih untuk menyusukan bayi anda, sentiasa pastikan anda memegang si manja semasa menyusukannya. Dakapan semasa menyusukan membantu anda menjalinkan ikatan kasih sayang yang erat antara anda dan si manja. Ajak pasangan anda untuk ikut serta - masa menyusu merupakan peluang yang baik untuk bayi dan pasangan anda berasa intim.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Bersiap Sedia untuk Bayi Anda
Cara menyediakan rumah anda untuk menyambut bayi baharu.

Kurangkan Muntah, Kurangkan Pakaian Kotor
Anda akan dapati muntah merupakan suatu kelaziman bagi si manja. BabyCenter® menawarkan petua untuk membantu si manja agar kurang muntah.