Menukar Lampin Bayi Anda
Menukar lampin bayi merupakan kemahiran penting yang akan anda kuasai selepas beberapa hari mengurus bayi anda. Ini kerana, anda perlu menukar lampin si manja dengan sangat kerap. Di bawah ini ialah panduan ringkas untuk membantu anda belajar cara memakaikan lampin bayi.
Bersiap Sedia
Anda boleh menukar lampin bayi di atas meja khas atau di atas sebarang permukaan yang dialas dengan lapik menukar lampin atau tuala. Sebelum bermula, sila pastikan semua keperluan diletakkan di atas meja tempat anda akan menukar lampin bayi anda. Keperluan ini termasuk:
• Lampin yang bersih
• Tisu basah untuk bayi
• Beg plastik untuk lampin kotor
• Krim lampin
• Untuk kanak-kanak lelaki, kain tambahan untuk menahan pancutan
• Pakaian tukar untuk bayi anda
Sila ingat, jangan sesekali membiarkan bayi anda sendirian di atas meja atau permukaan tempat anda menukar lampin, walaupun sesaat.
Langkah-langkah Menukar Lampin Bayi Anda
1. Baringkan bayi anda di atas permukaan yang rata, lembut dan selamat.
2. Tanggalkan lampin yang sedang dipakai dengan menarik tab pelekat, kemudian lipat dua pelekat itu supaya ia tidak melekat ke badan bayi anda.
3. Dengan menggunakan tisu basah atau bebola kapas yang dibasahkan dengan air, bersihkan kawasan kemaluan dengan mengelap dari bahagian depan ke belakang.
4. Letakkan lampin yang bersih di bawah bayi anda dan lap bayi anda dengan kain yang bersih hingga kering. Anda juga digalakkan untuk menyapu sedikit JOHNSON’S® baby powder untuk melindungi punggung bayi anda daripada pelbagai punca <>.
5. Lekatkan jalur pelekat lampin yang bersih itu dari bahagian belakang lampin ke bahagian depan. Pemakaian lampin yang baik sepatutnya sendat, tapi tidak ketat.
6. Akhir sekali, letakkan bayi anda di tempat yang selamat supaya anda boleh pergi membuang lampin yang kotor dan membasuh tangan.
Petua Menukar Lampin
• Jangan sekali-kali membiarkan bayi anda sendirian di atas meja atau permukaan menukar lampin, walaupun sesaat
• Mereka yang baru menjadi ibu bapa sering terkejut dengan jumlah lampin yang mereka tukar dalam sehari. Oleh itu, sila pastikan anda sentiasa mempunyai stok lampin yang banyak.
• Sebelum dan selepas menukar lampin bayi, pastikan anda mencuci tangan anda
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Menukar Lampin Bayi Anda
Panduan melakukan sesuatu yang asing tetapi akan menjadi ritual harian untuk ibu baharu.
Panduan tentang Najis Bayi
Najis bayi bukan satu topik yang menyenangkan, tetapi sebagai seorang ibu, ia merupakan sesuatu yang perlu anda hadapi setiap hari. BabyCenter® membantu anda mengetahui najis yang normal dan najis yang tidak normal.
Related Products
Related Articles
Panduan tentang Ruam Lampin
Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.
Petua Latihan Menggunakan Bekas Tandas
Latihan menggunakan bekas najis merupakan salah satu penunjuk kemajuan yang menandakan peralihan bayi anda ke zaman kanak-kanak. Untuk mereka yang baru menjadi ibu, perkara ini boleh jadi sesuatu yang sangat mencabar, tetapi sebenarnya, anda tidak perlu begitu gusar.