Rutin 3 Langkah JOHNSON’S ®
Rutin 3 Langkah JOHNSON'S® melibatkan masa mandi dan urutan. Dua perkara ini merupakan ritual penting yang membantu merangsang deria bau dan sentuhan bayi anda. Selain itu, ia juga membantu mengeratkan ikatan anda serta mempersiap sediakan dirinya untuk tidur malam yang lena.
Tidur Bayi dalam 3 Langkah Mudah
Rutin 3 langkah unik daripada JOHNSON'S® merupakan yang pertama seumpamanya. Ia juga merupakan satu-satunya rutin waktu malam yang terbukti berkesan secara klinikal * untuk membantu bayi dan si kecil yang berusia 7-36 bulan tidur dengan lebih baik dalam hanya seminggu.
Cubalah petua ini selama 7 malam dan lihat perbezaan yang dibawakannya kepada anda dan bayi anda.
Langkah 1 – Mandian Suam
Masa mandi ialah cara yang ideal untuk memulakan rutin sebelum tidur bayi anda.
Terdapat banyak cara untuk membantu membina keyakinan dan menjadikan masa mandi suatu kejayaan. Sila ingat bahawa bayi baru lahir perlu sentiasa dipegang semasa di dalam air, jadi jangan sekali-kali melepaskan tangan anda daripada memegangnya. Pastikan air cetek. Bayi tidak memerlukan paras air melebihi 2-3 inci, bergantung pada umurnya. Selain itu, jangan sekali-kali membiarkan mana-mana bayi, tanpa mengira usianya, seorang diri di dalam bilik mandi, walaupun selama seminit!
Sediakan mandian Pastikan semua keperluan ada tersedia sebelum bermula. Pastikan air cetek-maksimum 5 inci. Periksa suhu menggunakan siku atau termometer sebelum memasukkan bayi anda ke dalamnya; air sepatutnya hangat, tetapi tidak panas. Tuangkan produk mandian seperti JOHNSON'S® baby BEDTIME® BATH® ke dalam takungan air dan kacau sehingga ia larut sepenuhnya dan bagi memastikan tiada “tompok panas”
Sediakan bayi anda Letakkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan dan sentiasa sokong badannya di dalam air
Cuci Gunakan tangan anda untuk membasahkan badan si manja dengan perlahan-lahan. Kebanyakan bayi suka menghulurkan tangan dan menendang-nendangkan kaki mereka semasa anda mencuci dan membilas badannya. Oleh itu, berikan si manja lebih masa untuk menikmatinya
Keringkan Angkat bayi anda keluar dari mandian, balut badannya dengan tuala hangat dan keringkannya dengan teliti
Langkah 2 – Losyen Urut
Urutan yang menenangkan merupakan satu cara yang hebat untuk membuatkan bayi anda berasa selamat, disayangi dan bersedia untuk tidur.
Urutan boleh membantu anda mengenal pasti dan bertindak balas terhadap bahasa badan si manja dan ia merupakan satu cara yang hebat untuk membuatkan si manja berasa selamat dan terjamin. Malah, kajian telah menunjukkan bahawa urutan bayi mempunyai manfaat kesihatan yang tidak patut diabaikan. Selain itu, masa urut merupakan masa yang ideal untuk mengeratkan ikatan dengan si manja.
Sebelum anda memakaikan baju tidur, tuangkan sedikit minyak atau losyen bayi seperti JOHNSON'S® baby BEDTIME® lotion di atas tapak tangan anda dan kemudian sapukan pada kulit si manja perlahan-lahan sambil mengurutnya.
Tiada cara yang betul untuk mengurut bayi - ikut gerak hati anda di samping tertib yang disyorkan dalam panduan mengurut (untuk bayi baru lahir, bayi enam minggu ke atas, dan panduan urutan bayi enam bulan ke atas) Tidak lama kemudian, anda akan temui cara dan teknik yang terbaik untuk anda dan si manja.
Lebih banyak manfaat urutan bayi
Langkah 3 – Masa yang Senyap
Selepas memberi bayi anda mandian hangat dan urutan yang menenangkan, tiba masanya untuk menidurkan si manja dengan meluangkan masa yang senyap dan sunyi berdua.
Pastikan suasana di tempat tidur tenang dan nyaman tanpa sebarang gangguan. Anda boleh membantu bayi anda menenangkan fikirannya dengan membaca atau menyanyi dengan suara yang sangat perlahan. Jika anda hendak menyusukannya pada waktu ini, pastikan anda tidak menyusukannya sehingga si manja tertidur.
Anda disyorkan supaya mengelakkan aktiviti bermain yang aktif pada waktuini, supaya bayi anda masuk ke tempat tidur dalam keadaan mengantuk tetapi masih berjaga. Ini akan membantu si manja belajar cara untuk menenangkan dirinya sendiri hingga tertidur sekiranya dia terjaga pada tengah malam.
*Diuji pada bayi yang berumur 7 bulan dan ke atas
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Rutin Tidur Bayi
Kumpulan Mommy and Me kami membincangkan pelbagai teknik yang digunakan oleh para ibu untuk membantu anak mereka tidur
Related Products
Related Articles
Tidur Si Kecil
Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan rehat yang mencukupi untuk sentiasa gembira dan sihat. Berikut ialah beberapa petua untuk membantu si kecil mendapatkan tidur yang cukup.
Tidur Bayi
Apabila genap 3 bulan, bayi anda akan mula tidur untuk tempoh yang lebih lama pada waktu malam, tetapi anda harus mengekalkan rutin waktu malam. Hal ini penting bukan sahaja supaya bayi anda terus tidur dengan baik, tetapi kerana masa mandi, masa urut dan masa berada dalam dakapan anda juga sama pentingnya.
Tidur Bayi Baru Lahir
Bayi yang baru lahir tidur dengan kerap, tetapi sekejap-sekejap. Syukurlah, terdapat cara untuk membantu mendisiplinkan bayi anda yang baru lahir itu agar mengikut jadual yang tetap. Cara yang memerlukan masa berdua yang senyap dan sunyi di mana anda merangsang derianya ini akan menghasilkan jumlah tidur yang lebih banyak dan perkembangan yang lebih sihat.