Skip to main content

Panduan Mengurut Bayi: Enam Minggu ke Atas

Baby Massage Guide: Six Weeks Plus

Pada usia enam minggu, bayi anda akan mula menjadi semakin responsif dan lebih berasa selesa dan bersedia untuk menerima urutan yang lebih lengkap. Ini akan memberi anda lebih banyak peluang untuk melibatkan derianya dan menjadikan urutan jauh lebih bermakna.

Urutan ialah cara yang baik untuk berkomunikasi dan semasa mengurut juga anda boleh memperkenalkan keseronokan dan permainan. Berikut ialah gerakan tambahan yang boleh anda tambahkan kepada rutin urut anda.

Tummy

Perut

Mengurut perut ialah cara yang menarik untuk membantu bayi anda berasa selamat dan terjamin. Selain itu, ia turut membantu melegakan masalah perut seperti kembung perut dan sembelit.

Jika bayi anda berasa gembira, buat gerakan mendayung yang lembut di atas perut si manja, menggunakan tangan kiri dan kanan silih berganti.

‘I Love U’ on the tummy

‘I Love U’ di atas perut

Mulakan dengan merehatkan tangan anda di atas perutnya.

  1. (1) Buat gerakan tunggal ke arah bawah dengan tangan kanan di sebelah kiri perut bayi anda (sebelah kanan anda).

  2. (2) Buat gerakan berbentuk 'L' ke arah belakang, ke sisi, dari sebelah kanan ke sebelah kiri bayi anda.

  3. (3) Buat gerakan berbentuk 'U' terbalik, dari bahagian bawah sebelah kanan, ke arah atas, ke sebelah kiri dan ke arah bawah sebelah kiri perut bayi anda. Katakan ‘I love you’ atau yang seumpamanya semasa anda melakukan gerakan tersebut.

Chest

Dada

Urutan yang lembut pada dada boleh membantu melegakan masalah kesesakan nafas. Semasa menyentuh dada si manja dengan berhati-hati, kadangkala anda perlu berhenti seketika, rehatkan tangan anda di atas dadanya dan berkongsi perasaan anda berdua bersama-sama.

Dengan kedua-dua tangan diletakkan tengah-tengah dadanya, buat gerakan ke sisi seolah-olah anda meratakan halaman buku yang masih baharu. Pastikan tangan anda sentiasa menyentuhnya, gerakkan tangan anda ke arah bawah, membulat dan temukan semula kedua belah tangan anda di tengah-tengah dada si manja.

Touch Relaxation

Sentuhan yang Merehatkan

Sentuhan yang merehatkan boleh digunakan pada semua peringkat umur dan pada bila-bila masa semasa urutan. Kadangkala bayi mungkin menahan banyak ketegangan dalam badan mereka dan teknik yang melibatkan bahagian tangan dan kaki ini akan menggalakkan bayi anda supaya berehat.

Pegang dengan cara mencekak lengan atau kaki bayi anda dengan lembut dan suruh si manja merehatkan dirinya. Gunakan suara yang tenang dan ulang perkataan “relaks”. Apabila anda rasa bayi anda memberikan tindak balas, berikan maklum balas yang positif kepadanya dengan memberikan senyuman atau ciuman.

Hands

Tangan

Ini merupakan cara yang baik untuk mengajar bayi anda cara untuk merehatkan tangannya. Dengan menggunakan bahagian bawah ibu jari anda, buka genggaman tangan si manja, lurut setiap jari kecil itu dengan mengepitnya di antara ibu jari dan jari telunjuk anda. Akhir sekali, urut bahagian atas tangan kecil itu dari pergelangan tangan ke hujung jari.

Face

Muka

Mengurut bahagian muka boleh membantu melegakan ketegangan yang disebabkan oleh banyak menghisap dan menangis serta melegakan ketakselesaan yang disebabkan oleh gigi yang hendak tumbuh.

Bayi meniru pergerakan dan ekspresi anda. Masa mengurut merupakan detik indah untuk membuat hubungan mata dan bergembira bersama-sama. Buat bulatan kecil di sepanjang tulang rahangnya menggunakan hujung jari anda.

Back

Belakang

Urutan di belakang badan bayi boleh membantu menguatkan tengkuk, bahu dan lengan semasa bayi mengangkat kepalanya. Urutan ini juga memberikan kesan yang mententeram serta merehatkan. Terdapat banyak cara untuk meletakkan bayi anda supaya si manja berasa seronok meniarap. Anda akan mempelajari pelbagai posisi yang berlainan ini dalam kelas mengurut bayi.

Setelah meletakkan bayi anda dalam kedudukan meniarap, mulakan dengan meletakkan kedua belah tangan anda di bahagian atas belakang badan si manja, di sudut kanan tulang belakang. Gerakkan tangan anda ke belakang dan ke depan, dalam arah berlawanan, ke arah bawah ke punggung, kemudian ke arah atas ke bahu, dan ke arah bawah sekali lagi. Kemudian leret tangan anda dari tengkuk ke bawah hingga ke tapak kaki.

Gerakan urutan ini adalah berdasarkan INFANT MASSAGE: A Handbook for Loving Parents oleh Vimala McClure,pengasas IAIM.

IAIM ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan tidak menyokong mana-mana produk.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Mengeratkan Ikatan melalui Urutan

Tunjukkan kepadanya kasih sayang anda menggunakan bahasa pertama bayi anda - sentuhan

Logo Baby Center

7 Sebab Bayi Menangis

Perut kenyang? Periksa. Lampin bersih? Periksa. Masih buntu? Semak 7 sebab bayi menangis di BabyCenter® supaya anda boleh menghentikan tangisannya dengan lebih pantas.

Related Articles

Baby Massage Techniques

Urutan Bayi: Teknik & Petua

Pelajari beberapa teknik asas dan petua untuk membantu si manja mendapatkan lebih banyak manfaat daripada urutan hariannya.

Newborn Massage Guide

Panduan Mengurut Bayi Baru Lahir

Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang lebih lembut dan berhati-hati berbanding biasa. Ketahui cara mengurut kulit yang halus itu dengan selamat sambil merangsang perkembangannya.

Baby Massage Guide: Six Months Plus

Panduan Mengurut Bayi: Enam Bulan ke Atas

Apabila bayi anda semakin membesar, anda boleh menambahkan lebih banyak gerakan kepada rutin urut anda. Hal ini akan memberi anda lebih banyak peluang untuk melibatkan derianya dan menjadikan urutan jauh lebih bermakna.