Panduan Mengurut Bayi: Enam Bulan ke Atas
Pada peringkat ini, bayi anda akan menjadi jauh lebih aktif, mengeliang-geliut, duduk, merangkak dan cuba berdiri. Sila ingat bahawa bayi yang aktif memang akan banyak bergerak. Oleh itu, anda perlu menjadi kreatif dalam urutan anda. Anda perlu pantas mencapai dan mengurut bahagian yang hampir dengan tangan anda. Waktu ini juga merupakan masa yang sesuai untuk menyertakan lebih keseronokan ke dalam sesi urutan. Sertakan nyanyian, pantun dan permainan ke dalam rutin anda. Sesuaikan gerakan urutan anda dengan peringkat perkembangan aktif bayi anda. Urutan akan membantu meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan si manja untuk berhubung dengan orang lain. Selain itu, urutan juga boleh membantu membina koordinasi dan kekuatan bagi membantu si manja bersedia untuk bertatih.
Urutan akan membantu meningkatkan keyakinan diri dan keupayaan si manja untuk berhubung dengan orang lain. Selain itu, urutan juga boleh membantu membina koordinasi dan kekuatan bagi membantu si manja bersedia untuk bertatih.
Kaki – Melurut
Melurut kaki merupakan aktiviti yang menyeronokkan, yang meningkatkan kesedaran badan. Apabila bayi menunjukkan tanda-tanda bahawa dia seronok dengan gerakan itu, anda boleh menyertakan nyanyian. Jangan lupa untuk memperlahankan rentak nyanyian anda supaya bayi anda boleh ikut serta.
Dengan menggunakan tangan anda, lurut kaki si manja dari pangkal paha ke pergelangan kaki. Jika kaki bayi anda lebih panjang, sesuaikan gerakan ini, lurut kaki si manja dari lutut ke pergelangan kaki.
Belakang
Jika bayi anda ingin duduk tegak, anda boleh menyesuaikan urutan anda. Mengurut dalam kedudukan ini membantu si manja untuk duduk tanpa sokongan. Ia juga akan menguatkan otot belakangnya. Urutan ini juga menenangkan dan boleh dijadikan rutin masa tidur yang mententeramkan.
Leretkan tangan anda, satu demi satu, ke bawah dari leher ke punggung dan ke bawah lagi. Bayi anda mungkin ingin bermain dengan barang mainannya semasa anda mengurut.
Gerakan Lembut
Gerakan lembut, yang merupakan satu set senaman ringkas untuk membantu membina koordinasi bayi anda, menjajarkan tulang belakang dan memastikan bayi anda fleksibel. Anda akan belajar lebih banyak lagi apabila anda menghadiri kelas mengurut, tetapi kami berikan satu contoh di bawah ini.
Silang-Silang-Silang-Depang
Silangkan lengan bayi anda di dada sebanyak tiga kali, selang-selikan, lengan yang di bawah dan di atas. Kemudian depangkan lengannya ke sisi dengan perlahan-lahan. Rentaknya adalah: silang-silang-silang-depang. Ulang.
Cium dan dakap si manja untuk menamatkan urutan.
Gerakan urutan ini adalah berdasarkan INFANT MASSAGE: A Handbook for Loving Parents oleh Vimala McClure, pengasas IAIM.
IAIM ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan tidak menyokong mana-mana produk.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Mengeratkan Ikatan melalui Urutan
Tunjukkan kepadanya kasih sayang anda menggunakan bahasa pertama bayi anda - sentuhan
5 Rahsia Membesarkan Si Cerdik
Adakah anda tahu bahawa bayi yang diajak berbual dengan lebih kerap mempunyai IQ 1.5 kali lebih tinggi daripada yang lain? BabyCenter® menyenaraikan 5 rahsia untuk membesarkan bayi yang lebih cerdik.
Related Articles
Urutan Bayi: Teknik & Petua
Pelajari beberapa teknik asas dan petua untuk membantu si manja mendapatkan lebih banyak manfaat daripada urutan hariannya.
Panduan Mengurut Bayi Baru Lahir
Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang lebih lembut dan berhati-hati berbanding biasa. Ketahui cara mengurut kulit yang halus itu dengan selamat sambil merangsang perkembangannya.
Panduan Mengurut Bayi: Enam Minggu ke Atas
Apabila bayi anda semakin membesar, anda boleh menambahkan lebih banyak gerakan kepada rutin urut anda. Hal ini akan memberi anda lebih banyak peluang untuk melibatkan derianya dan menjadikan urutan jauh lebih bermakna.