Skip to main content

Penjagaan Tali Pusat Bayi

Minggu pertama selepas si manja dilahirkan merupakan tempoh pembelajaran dan perkembangan (untuk kedua-dua anda dan bayi anda). Ketahuilah bahawa, semasa anda menjaga tali pusat si manja, iaitu tindakan yang mungkin kelihatan begitu mudah, anda sebenarnya melakukan lebih lagi. Sentuhan lembut anda semasa mencuci dan mengeringkan kawasan yang sensitif itu akan menggalakkan keyakinan diri si manja dan membantu membina ikatan antara anda berdua.

Umbilical Cord Care

Jangan takut untuk membersihkan tali pusat si manja: lebih cepat pangkalnya kering, lebih cepat tali pusat itu akan tertanggal. Pastikan anda membasuh tangan dahulu sebelum mengendalikan tali pusat si manja. Jika tali pusat dikotori air kencing atau najis, anda perlu membersihkan kawasan tersebut apabila menukar lampin si manja. Untuk membersihkan tali pusat dengan selamat, ambil putik atau bebola kapas dan bersihkan kawasan sekeliling pangkal tali pusat dengan air bersih.

Sila ingat, jangan tutup tali pusat dengan lampin, kerana kawasan tali pusat perlu dipastikan kering dan bersih pada setiap masa. Jika lampin si manja terlalu tinggi, lipat ke bawah sebelum melekatkan pelekatnya. Anda juga boleh membeli lampin khas untuk bayi baru lahir yang mempunyai lubang untuk tali pusat. Kawasan tali pusat sepatutnya sembuh dalam masa kira-kira 7 hingga 10 hari.

Tanda Amaran

Sila hubungi pakar kanak-kanak si manja jika anda mendapati hujung tali pusat:

  • lembik

  • berbau busuk

  • berwarna merah di sekitar pusat atau mengeluarkan cecair

Jika beberapa titik darah mengalir keluar semasa tali pusat tertanggal, itu adalah normal.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Logo Baby Center

Tersorok atau Tersembul?

Si manja adalah unik - begitu juga pusatnya! Lawati BabyCenter® untuk mengetahui perkara yang menyebabkan pusat tersorok atau tersembul.

Related Products

Related Articles

About Your Baby’s Skin

Perihal Kulit Bayi Anda

Kulit si manja yang sangat lembut itu merupakan perisai yang unik dan penting. Ia menawarkan perlindungan daripada ancaman dunia luar - tetapi ia juga memerlukan perlindungan. Apabila anda menjaga kulit si manja, anda turut merangsang derianya, mengeratkan ikatan anda berdua dan menggalakkkan perkembangannya yang sihat.

Caring Callout

Masalah Kulit Bayi Baru Lahir

Jika anda mendapati sesuatu yang luar biasa tentang kulit si manja yang baru lahir itu, sila bertenang dahulu. Masalah kulit bayi baru lahir ini secara amnya tidak berbahaya dan selalunya akan hilang dengan sendiri.

Caring Callout

Memastikan Kulit Bayi Sihat

Lapisan kulit bayi merupakan barisan pertahanan pertamanya daripada ancaman dunia luar. Untuk kekal sihat, kulit perlu sentiasa terhidrat dengan baik. Pastikan kulitnya sentiasa disapu pelembap untuk membantu melindunginya daripada kekeringan.

Caring Callout

Perlindungan Matahari untuk Kulit Bayi

Membawa si manja ke luar rumah merupakan cara yang baik untuk membantu dia meneroka dan berkembang - tetapi kulitnya sangat sensitif kepada sinaran UV matahari.