Skip to main content

Masalah Kulit Bayi Baru Lahir

Kulit bayi anda masih berkembang, jadi ia memerlukan penjagaan yang khusus. Semasa kulit bayi menyesuaikan diri dengan dunia baharunya, ramai bayi baru lahir mengalami masalah kulit yang biasa berlaku ini.

Newborn Skin Conditions

Kulit bayi baru lahir yang terbiasa dengan persekitaran seperti air semasa dalam kandungan mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran yang lebih kering selepas dilahirkan. Peralihan ini mengambil masa yang agak lama. Kulit si manja akan terus berkembang beberapa lama selepas dilahirkan. Ini menjadikan kulitnya lebih halus dan sensitif berbanding kulit anda. Walaupun kulit si manja boleh menyerap lembapan pada kadar yang lebih cepat berbanding kulit orang dewasa, ia juga boleh kehilangan lembapan dengan lebih cepat. Ini membuatkan kulit bayi anda mudah menjadi kering.  Selain itu, sistem imun si manja masih belum matang jadi bayi anda sangat mudah mendapat jangkitan.

Akne Bayi

Lebih kurang 20 peratus daripada semua bayi di dunia mendapat akne bayi. Ia biasanya sembuh sendiri dalam tempoh beberapa bulan yang pertama. Ia mungkin muncul dalam bentuk jerawat, bintik putih atau ruam ringan. Jerawat atau bintik kecil berwarna putih yang dipanggil milia ini biasanya muncul di muka, terutamanya di bahagian hidung dan dagu. Ia tidak gatal dan tidak mengganggu si manja. Ia disebabkan oleh kelenjar peluh yang belum matang dan mungkin juga hormon daripada kehamilan anda. Ia akan hilang sendiri tanpa rawatan.

Walaupun kebanyakan jerawat bayi akan hilang dengan sendirinya, jika keadaan si manja teruk atau anda berasa bimbang melihatnya, sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan bayi anda.

Kulit Mengelupas

Pada beberapa hari yang pertama, anda juga mungkin mendapati kulit si manja mengelupas sedikit, terutamanya di tapak tangan, tapak kaki dan pergelangan kakinya. Ini adalah normal, terutamanya jika si manja dilahirkan lebih lewat daripada tarikh dia dijangka lahir. Selepas beberapa hari, pengelupasan itu akan hilang. Anda boleh bertanya kepada penyedia penjagaan kesihatan si manja jika anda ingin menggunakan salap bayi atau pelembap

Kerak Kepala

Sesetengah bayi mendapat kerak kepala atau dermatitis seborea – masalah kulit yang kelihatan seperti tompok berkerak atau bersisik pada kulit kepala atau kening. Ini merupakan masalah kulit yang sangat biasa. Ia mungkin bermula pada beberapa minggu yang pertama dan biasanya berlarutan selama beberapa minggu atau bulan. Mujurlah masalah kulit jenis ini biasanya sembuh sepenuhnya apabila si manja berusia antara lapan hingga 12 bulan. 

Untuk membantu mengurangkan kerak kepala, anda boleh menyapukan pelembap atau minyak seperti JOHNSON'S® baby Oil di bahagian yang bermasalah dan mengurutnya dengan perlahan-lahan untuk melembutkan kerak itu. Tunggu beberapa minit, kemudian sikat dengan perlahan-lahan untuk menanggalkan serpihannya. Kemudian anda boleh mencuci kepala si manja dengan syampu lembut yang dirumus khas untuk bayi seperti JOHNSON'S® baby shampoo

Ruam Lampin

Lambat atau cepat, kebanyakan bayi akan mengalami ruam lampin. Untuk mendapatkan maklumat mengenai penjagaan dan perlindungan ruam lampin, lawati panduan ruam lampinkami.

Walaupun kebanyakan masalah kulit ini sembuh dengan sendirinya, jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau masalah, sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Clinically Proven Mildness

CLINICALLY PROVEN MILDNESSTM

Ketahui tentang ujian, kepakaran dan penjagaan yang memastikan produk bayi JOHNSON'S® selamat, halus dan lembut untuk kulit sensitif si manja.

Related Products

Related Articles

Caring Callout

Penjagaan Tali Pusat Bayi

Tali pusat si manja akan tertanggal kira-kira seminggu selepas anda membawanya pulang. Sehinggalah tali pusat itu tertanggal, pastikan ia sentiasa bersih dan kering.

Caring Callout

Memastikan Kulit Bayi Sihat

Lapisan kulit bayi merupakan barisan pertahanan pertamanya daripada ancaman dunia luar. Untuk kekal sihat, kulit perlu sentiasa terhidrat dengan baik. Pastikan kulitnya sentiasa disapu pelembap untuk membantu melindunginya daripada kekeringan.

Caring Callout

Mata, Telinga, Hidung & Kuku Bayi

Pastikan si manja sentiasa gembira, sihat dan benar-benar bersih. Dapatkan petua tentang cara untuk menjaga mata, telinga, hidung dan kukunya.

Caring Callout

Perlindungan Matahari untuk Kulit Bayi

Membawa si manja ke luar rumah merupakan cara yang baik untuk membantu dia meneroka dan berkembang - tetapi kulitnya sangat sensitif kepada sinaran UV matahari.