Gigi Si Kecil
Walaupun gigi pertama anak anda tidak kekal, anda tetap perlu memastikan gigi si kecil sentiasa bersih. Kaviti akan terbentuk apabila bakteria yang wujud secara semula jadi di dalam mulut si kecil bergabung dengan gula dalam sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi lalu menghasilkan asid yang menyerang enamel gigi.
Mengajar si kecil cara untuk menjaga giginya menawarkan satu lagi peluang yang baik untuk anda mengeratkan ikatan, di samping membantu menghindari masalah gigi dan memupuk tabiat menjaga gigi yang sihat sepanjang hayat dari awal.
Membersihkan Gigi Si Kecil
Gigi si kecil perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Selepas sarapan pagi dan selepas makan malam merupakan masa yang baik, tetapi sebelum tidur ialah masa yang paling penting untuk memberus gigi kanak-kanak; bakteria yang menyebabkan pereputan gigi lebih berkemungkinan untuk membiak pada waktu malam.
Cara Memberus Gigi Si Kecil
Buatkan si kecil berasa bahawa dia sudah besar dan pandai berdikari (hanya kanak-kanak yag besar dapat memberus gigi mereka sendiri), berikan ubat gigi yang berperisa dan berus gigi yang kecil serta lembut. Tugas itu mungkin akan disambut dengan kegirangan yang sama seperti mana dia menyambut mainan baharu.
Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida dan pastikan anda memicit sedikit sahaja. Terlalu banyak fluorida boleh menyebabkan gigi menjadi kuning buat selama-lamanya
Si kecil mungkin hanya menumpukan pada bahagian depan gigi, jadi ingatkan anak anda supaya memberus gigi yang tersorok di bahagian belakang juga
Tunjukkan kepadanya cara membilas dengan air hingga bersih. Kemudian ambil alih untuk memberus giginya. Ini kerana kanak-kanak kecil biasanya meninggalkan sahaja celah-celah gigi atau bahagian yang sukar dicapai. Apabila anak anda sudah masuk darjah dua atau tiga, dia akan dapat memberus giginya sendiri
Membawa Si Kecil Berjumpa Doktor Gigi
Sekarang ialah masa yang sesuai untuk membiasakan si kecil berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan untuk menjalani pemeriksaan. Lakukan yang terbaik untuk menjadikan kunjungan ke klinik gigi itu sesuatu yang menyeronokkan. Jika dia berasa gementar, dudukkan dia di atas riba anda sambil anda duduk di atas kerusi "ajaib" itu supaya doktor gigi boleh memeriksa ke dalam mulutnya dengan cepat.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Cara Menetapkan Rutin Waktu Tidur
Jadikan memberus gigi sebahagian daripada rutin waktu tidur si kecil
Penjagaan Gigi untuk Kanak-Kanak
Ulang kaji cara menjaga gigi si kecil. BabyCenter® menawarkan nasihat tentang penjagaan gigi untuk si kecil.
Related Products
Related Articles
Masalah Kulit Bayi Baru Lahir
Jika anda mendapati sesuatu yang luar biasa tentang kulit si manja yang baru lahir itu, sila bertenang dahulu. Masalah kulit bayi baru lahir ini secara amnya tidak berbahaya dan selalunya akan hilang dengan sendiri.
Memastikan Kulit Bayi Sihat
Lapisan kulit bayi merupakan barisan pertahanan pertamanya daripada ancaman dunia luar. Untuk kekal sihat, kulit perlu sentiasa terhidrat dengan baik. Pastikan kulitnya sentiasa disapu pelembap untuk membantu melindunginya daripada kekeringan.
Mata, Telinga, Hidung & Kuku Bayi
Pastikan si manja sentiasa gembira, sihat dan benar-benar bersih. Dapatkan petua tentang cara untuk menjaga mata, telinga, hidung dan kukunya.
Perlindungan Matahari untuk Kulit Bayi
Membawa si manja ke luar rumah merupakan cara yang baik untuk membantu dia meneroka dan berkembang - tetapi kulitnya sangat sensitif kepada sinaran UV matahari.