Perlindungan Matahari untuk Kulit Bayi
Tabiat menjaga kulit agar sihat bermula awal. Jika anda mengambil langkah untuk melindungi kulit halus si manja daripada sinaran matahari yang memudaratkan bermula dari sekarang, bayi anda boleh menikmati kulit yang sihat seumur hidupnya.
Keselamatan di Bawah Sinaran Matahari untuk Bayi Baru Lahir
Bayi bawah umur 6 bulan tidak boleh menghabiskan masa di bawah pancaran terus sinaran matahari. Oleh sebab perlindungan foto si manja masih belum matang, selaran matahari boleh berlaku walaupun anda telah berusaha sedaya upaya untuk melindungi bayi anda daripada sinaran matahari. Selain itu, kulit bayi anda boleh terbakar dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja!
Kebanyakan pakar kanak-kanak mengesyorkan supaya ibu bapa tidak menyapukan produk pelindung matahari pada bayi yang berumur bawah 6 bulan. Ini bermakna anda memerlukan kaedah perlindungan yang lain. Apabila membawa si manja ke luar rumah:
Pastikan anda berada di dalam bangunan antara pukul 10 pagi hingga 2 petang , iaitu waktu siang yang paling panas
Sentiasa pakaikan topi yang mempunyai pelindung keliling
Pakaikan pakaian yang longgar kerana ia dapat membantu melindungi bahagian badan yang lain
Duduk di tempat yang berbumbung atau gunakan payung dan sebagainya
Walaupun cuaca mendung atau semasa berada di dalam kereta, sentiasa gunakan pelindung matahari yang dirumus khas untuk bayi. Jika si manja berumur bawah 6 bulan, bincangkan penggunaan pelindung matahari dengan pakar kanak-kanak anda.
Bayi yang Lebih Berusia
Walaupun bayi (dan kanak-kanak) anda sudah agak berusia, dia tetap perlu dihindari daripada pancaran terus sinaran matahari untuk tempoh yang lama. Mereka harus sentiasa memakai pakaian pelindung dan cermin mata hitam. Sila semak dengan pakar kanak-kanak anda tentang penggunaan pelindung matahari berspektrum luas (dengan perlindungan UVA dan UVB dan SPF sekurang-kurangnya 30) yang dirumus khas untuk bayi.
Apabila anak anda membesar dan matang melepasi peringkat bayi, teruskan usaha untuk memastikan kulitnya terlindungi daripada sinaran matahari. Dengan mewujudkan tabiat yang baik, anda boleh memberikan penjagaan yang sempurna untuk si manja sekarang dan untuk tahun-tahun yang mendatang.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Bukan Sekadar Teduhan
Kulit halus si manja perlu dilindungi daripada sinaran matahari semaksimum mungkin. Lawati BabyCenter® bagi mendapatkan lebih banyak cara untuk membantu si manja selamat daripada sinaran matahari.
Related Articles
Masalah Kulit Bayi Baru Lahir
Jika anda mendapati sesuatu yang luar biasa tentang kulit si manja yang baru lahir itu, sila bertenang dahulu. Masalah kulit bayi baru lahir ini secara amnya tidak berbahaya dan selalunya akan hilang dengan sendiri.
Penjagaan Tali Pusat Bayi
Tali pusat si manja akan tertanggal kira-kira seminggu selepas anda membawanya pulang. Sehinggalah tali pusat itu tertanggal, pastikan ia sentiasa bersih dan kering.
Memastikan Kulit Bayi Sihat
Lapisan kulit bayi merupakan barisan pertahanan pertamanya daripada ancaman dunia luar. Untuk kekal sihat, kulit perlu sentiasa terhidrat dengan baik. Pastikan kulitnya sentiasa disapu pelembap untuk membantu melindunginya daripada kekeringan.
Mata, Telinga, Hidung & Kuku Bayi
Pastikan si manja sentiasa gembira, sihat dan benar-benar bersih. Dapatkan petua tentang cara untuk menjaga mata, telinga, hidung dan kukunya.