Skip to main content

Piawaian Kami untuk Semula Jadi

Lebih daripada 96% bahan yang digunakan oleh Johnson’s® dalam pembersih, losen, syampu dan perapi kami adalah semula jadi.

Bagaimana Kami Mengira 96%

Tiada definisi kawal selia bagi "Semula jadi" yang sedia ada, maka kami berusaha untuk mengatasi piawaian tertinggi di dunia.

Oleh kerana tiada definisi yang kawal selia bagi maksud “semula jadi,” maka kami mengikuti satu-satunya piawaian antarabangsa bebas bagi ramuan semula jadi dalam kosmetik—Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (International Organization for Standardization, ISO). Menurut ISO/DIS 16128, “sumber semula jadi” merujuk kepada bahan yang lebih 50% berasal daripada sumber semula jadi, seperti tumbuhan atau mineral.

Berdasarkan definisi ini, lebih daripada 96% bahan yang digunakan oleh Johnson’s® ® dalam pembersih, losen, syampu dan perapi kami adalah semula jadi. (Ini merupakan purata jumlah kumulatif, termasuk air.)

Kami sedar bahawa ramuan semula jadi dalam bentuk asal bukanlah sentiasa selamat untuk bayi. Oleh itu, sebelum kami memasukkan bahan ke dalam produk, kami akan melakukan beberapa ujian untuk:

Beberapa sebab mengapa masih ada baki 4% lagi

Kami menggunakan bahan berikut dalam produk kami untuk manfaat tertentu:

Pengawet adalah penting untuk mencegah kulat dan bakteria daripada membiak dan memudaratkan bayi anda.

Asid sitrik dan natrium hidroksida mengimbangi paras pH dalam produk kami dengan pH pada kulit bayi anda. Ini penting bagi fungsi enzim kulit, perlindungan daripada jangkitan dan proses pembaikan kulit.

Agen perapi kulit membantu melegakan kulit manakala agen perapi rambut dan anti statik membantu mencegah kehilangan kelembapan dan mengekalkan rambut agar kelihatan dan berasa sihat.

Vitamin dan antioksida membantu mencegah produk daripada teroksida dan menghasilkan radikal bebas supaya produk melindungi kulit bayi dengan selamat.

Wangian membantu memperkembangkan deria dan menjadikan waktu mandi lebih menyeronokkan.

Walaupun terdapat pilihan semula jadi bagi sesetengah bahan sintetik yang kami gunakan, namun setiap satu mempunyai kesan yang tertentu.

Sebagai contoh, sesetengah bahan berasaskan tumbuhan seperti minyak pati selalunya memiliki tahap alergen yang lebih tinggi. Tidak kira sama ada sesuatu ramuan itu semula jadi atau sintetik, kami hanya menggunakan ramuan yang lulus proses jaminan keselamatan kami yang ketat dan disahkan oleh para doktor, jururawat, saintis luar dan diuji oleh lebih 550,000 orang sukarelawan di seluruh dunia.

Study References: 90% of the ingredients are of natural origin “Over 90% of the ingredients in our products are naturally derived (or of natural origin).* (*Based on average cumulative volume of ingredients in washes, lotions and shampoos, using ISO/DIS 16128 (water included) Sometimes natural ingredients that work well for adults are simply too harsh for babies skin. At Johnson's, being natural is never more important than being safe”