Selepas Melahirkan
Kerana terlalu sibuk membuat persediaan untuk membawa pulang si manja, anda mungkin terlupa untuk menjaga insan lain yang sama pentingnya itu... anda! Pada peringkat ini, anda perlu lebih beringat berbanding sebelum ini untuk memastikan diri anda sihat dan bertenaga. Ini supaya anda boleh menjaga si manja dengan lebih baik.
Kata orang, "Apabila bayi lahir, ibu (dan bapa) juga turut lahir." Anda sedia maklum bahawa mempunyai bayi merupakan salah satu peristiwa yang paling berharga dalam hidup. Namun ia juga merupakan salah satu perkara yang paling mencabar.
Jika anda berasa agak letih, itu adalah lumrah - dan tidak hairanlah anda berasa letih – anda baru sahaja bersalin! Walaupun di bawah keadaan yang terbaik, bersalin tetap meletihkan dari segi mental dan fizikal. Jika anda kehilangan banyak darah dan air semasa bersalin atau menghidap anemia selepas bersalin, anda mungkin memerlukan beberapa hari atau minggu sebelum anda mula berasa seperti diri anda semula.
Minta Bantuan
Ini bukan masanya untuk menjadi “superwoman”: Terima bantuan yang ditawarkan apabila anda perlu berbuat demikian!
Itu mungkin termasuk rakan yang menawarkan bantuan untuk mencuci pakaian, ibu mertua yang membawa makanan siap dimasak atau pasangan anda yang menawarkan untuk menjaga si manja agar anda dapat tidur sekejap. Jika tiada sesiapa yang datang menawarkan bantuan pada minggu pertama selepas bersalin atau jika anda tinggal jauh daripada keluarga, pertimbangkan untuk mengambil pembantu rumah sementara. Anda juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang. Penyedia perkhidmatan penjagaan ibu berpantang yang bertauliah menawarkan kepakaran dan sokongan dari segi fizikal dan emosi. Ia juga boleh membantu dalam hal penjagaan bayi baru lahir serta penyesuaian yang perlu dilakukan oleh keluarga.
Jika anda tidak dapat mengupah pembantu, cuba mudahkan ataupun kurangkan kerja-kerja rumah. Sebagai contoh, daripada perlu memasak setiap malam, anda boleh memasak lebih dan simpan untuk malam esok.
Relaks
Besar kemungkinan otot anda akan menjadi tegang kerana banyak mengangkat, mendukung, menyusukan, menggoyang dan menenangkan si manja sepanjang hari (dan malam!). Sekaranglah masanya untuk meminta pasangan anda memberi anda urutan.
Anda mungkin sudah tahu manfaat mengurut si manjatetapi kini, lebih daripada biasa, andalah yang perlu dimanjakan dan andalah yang memerlukan kesan yang menenangkan daripada urutan itu. Pasangan anda boleh membantu merehatkan otot anda dengan urutan yang kuat di sepanjang bahu, lengan, belakang, paha dan betis. Jangan lupa untuk menggunakan losyen atau minyak yang lembut untuk membantu membuatkan urutan lebih menyenangkan.
JOHNSON'S® baby Oil ialah pilihan yang baik untuk kulit dewasa anda - ia bersifat hipoalergenik, iaitu tidak menimbulkan alahan dan mengekalkan dua kali ganda lembapan berbanding losyen yang terkemuka.
Kekal Terhidrat
Dehidrasi, iaitu kehilangan air dalam badan boleh membuatkan anda keletihan tanpa menyedarinya. Jika anda memberi susu badan, anda berdepan dengan risiko yang lebih tinggi untuk kehilangan air dalam badan. Oleh itu, jangan lupa untuk minum air secukupnya. Anda juga mungkin ingin berhenti mengambil minuman dan makanan berkafein jika anda mengesyaki si manja bertindak balas terhadapnya.
Penghilang dahaga yang terbaik ialah air, jadi minum banyak air - kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Cara mudah untuk mengingat adalah minum segelas air setiap kali anda duduk untuk menyusukan si manja. Elakkan makanan berat yang boleh membuatkan anda berasa malas (contohnya, burger atau piza). Sebaliknya, makan makanan yang lebih ringan, termasuk makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dengan sedikit pasta.
Jangan lupa bahawa kulit anda juga memerlukan lembapan. Untuk membantu meningkatkan kelembapan kulit anda dan untuk meluangkan masa sendirian yang amat anda perlukan, cubalah mandi atau berendam. Selain membantu melembapkan kulit, mandi atau berendam juga akan membantu merehatkan otot yang sengal. Pastikan anda menggunakan pembersih yang lembut dan melembapkan. Formula JOHNSON’S® baby milk & rice bath yang kaya dan berkrim membantu melembap dan melembutkan kulit anda untuk melindunginya daripada kekeringan.
Jika anda bersalin melalui pembedahan, sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang arahan yang tepat untuk mandi dan berendam.
Jangan lupa untuk menyapukan pelembap pada kulit yang basah selepas mandi untuk membantu mengekalkan kelembapan. Pelembap seperti JOHNSON'S® baby Oil atau JOHNSON'S® baby Lotion juga boleh membantu kulit anda mengekalkan kelembutannya. Kedua-duanya bersifat hipoalergenik dan dirumus dengan formula lembut yang terbukti secara klinikal. Pastikan anda keluar dari bilik mandi dahulu sebelum menyapu minyak atau losyen yang boleh menyebabkan anda jatuh tergelincir.
Tidur
Ingat, anda juga perlukan tidur! Jangan jadikan masa tidur siang si manja peluang untuk anda melakukan kerja-kerja rumah - cuba lelapkan mata anda setiap kali si manja tidur. Cuba rehatkan badan dan tenangkan fikiran setiap kali si manja tidur. Elakkan daripada mengambil sebarang minuman berkafein selepas makan tengah hari. Pastikan bilik tidur anda tenteram dan selesa. Anda akan tidur dengan lebih lena jika bilik tidur anda dingin dan gelap.
Dengar muzik, minta pasangan anda memberi anda urutan atau jika penyedia penjagaan kesihatan anda membenarkannya, pergi mandi! Mengapa tidak mencuba JOHNSON'S® 3-step routine untuk diri anda sendiri? Anda mungkin tidak akan mendapat tidur malam yang cukup dalam masa terdekat ini, tetapi sekurang-kurangnya anda boleh memanfaatkan sebarang peluang yang ada untuk tidur, walaupun cuma sebentar.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Rangkaian Sosial Bersama Melissa Rycroft
Melissa berkongsi kisah bagaimana kehidupan sosial beliau berubah sejak melahirkan bayi
Emosi Bercelaru
Kecelaruan emosi adalah biasa selepas melahirkan anak. Ini kerana paras hormon anda berubah. BabyCenter® boleh membantu anda menentukan sama ada keadaan anda itu sesuatu yang lebih serius.
Related Products
Related Articles
Perubahan Badan Anda
Ketahui bagaimana badan anda akan berubah semasa hamil dan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk tetap berasa yakin dengan diri sendiri sepanjang tempoh 9 bulan yang istimewa ini.
Sebelum Bayi Lahir
Anda akan menjadi ibu dan bapa – detik paling istimewa dalam hidup anda! Jika anda berasa gementar, itu normal.
Menyediakan Bilik Bayi
Anda tidak perlu membeli perabot yang mewah atau mainan yang mahal untuk menyediakan bilik bayi yang ideal. Anda hanya perlu membuat pertimbangan bagi memastikan persekitaran itu selamat, tenteram dan bersedia untuk menyambut bayi anda.
Menyusukan Bayi Anda
Masa menyusu merupakan waktu yang baik untuk duduk diam, berehat dan mengeratkan ikatan dengan bayi anda melalui sentuhan. Ibu-ibu menyusukan bayi mereka dengan pelbagai cara yang berlainan. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyusukan bayi anda.