Baby Shower
Mandi tian telah wujud selama berabad-abad lamanya dan ia wujud atas sebab yang baik. Ia merupakan cara yang istimewa untuk menyambut kedatangan si manja dan membantu anda membuat persediaan untuk menjadi ibu atau bapa.
Sama ada anda mengadakan majlis itu untuk diri sendiri atau insan yang tersayang, berikut ialah beberapa langkah untuk membantu anda bermula.
Sesetengah orang membayar sendiri kos majlis, manakala yang lain meminta tetamu untuk membantu. Setelah menentukan jumlah wang yang perlu anda belanjakan, anda boleh mula merangka pelan untuk majlis itu: berapa ramai tetamu yang akan dijemput, berapa jumlah wang yang akan dibelanjakan untuk keperluan majlis, termasuk makanan dan minuman.
Lokasi membantu menentukan berapa ramai tetamu yang boleh dijemput (berapa ramai orang boleh muat di dalam ruang itu?) dan sama ada majlis itu berkonsep santai atau formal.
Tema anda mungkin sesuatu yang ringkas seperti “Dia hero!” atau tema yang lebih khusus, seperti sarkas atau pengembaraan. Setelah menentukan tema, anda boleh mula menyediakan kad jemputan, mengumpul hiasan, memilih makanan dan minuman serta merancang aktiviti yang sesuai dengan tema anda.
Untuk membantu tetamu memilih hadiah majlis mandi tian anda, anda boleh mendaftar dengan beberapa peruncit yang menjual kelengkapan bayi. Pastikan anda mendaftar untuk barangan keperluan serta barangan yang lebih mahal, supaya tetamu anda boleh membeli hadiah secara berasingan atau membeli hadiah yang lebih besar secara berkumpulan. Pendaftaran hadiah membantu tetamu memilih hadiah yang sesuai untuk bayi yang bakal lahir itu. Peruncit utama seperti Target, Walmart, Babies R Us, Buy Buy Baby, and Amazon menawarkan perkhidmatan pendaftaran. Jangan lupa untuk menyertakan pautan ke pendaftaran anda itu dalam kad jemputan anda!
Sila bincangkan tarikh majlis dengan tetamu penting (seperti datuk dan nenek) bagi memastikan mereka dapat hadir. Jika anda menganjurkan majlis untuk insan tersayang, minta mereka menyenaraikan tetamu yang ingin dijemput.
Anda boleh menghantar kad jemputan biasa, jemputan dalam talian atau sesuatu yang lebih kreatif! Puting atau mainan bayi boleh dijadikan pengganti kad jemputan yang comel; gantungkan teg yang mengandungi butiran majlis padanya. Jika ibu atau bapa bayi telah mendaftar untuk hadiah, pastikan maklumat pendaftaran hadiah itu disertakan dalam kad jemputan.
Beli hiasan dan pinggan serta cawan kertas (jika majlis itu berkonsep santai). Jika anda hendak memasak sendiri, rancang menunya. Apabila tarikh majlis sudah dekat, beli makanan dan minuman yang diperlukan. Makanan yang tahan lama boleh disediakan lebih awal; bekukan atau sejukkan sehingga hari majlis.
Perkara yang paling penting adalah memastikan Ibu, Ayah (jika dijemput) dan tetamu berseronok. Jika sesuatu yang tidak diduga berlaku (anda terlupa kek!), ketawa saja. Ibu bukan insan yang perlu sempurna setiap masa. Menjadi ibu adalah tentang kasih sayang dan majlis mandi tian adalah tentang berkongsi kasih sayang dengan keluarga dan rakan.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Aktiviti Majlis Mandi Tian
Dapatkan idea untuk tema, permainan serta sukaneka berkumpulan, dan raikan bakal ibu dan ayah itu dengan majlis yang intim, penuh keseronokan dan sukar dilupakan.
10 Pilihan Teratas Hadiah Mandi Tian
Ketahui hadiah terbaik yang diterima oleh ibu pada majlis mandi tian mereka dan beri tetamu kehormat anda hadiah yang benar-benar disukainya.
8 Petua Majlis Mandi Tian yang Mesra Kaum Bapa
Majlis mandi tian tidak semestinya dihadiri oleh kaum ibu sahaja! Anda boleh mengubah sedikit tradisi dan mengadakan majlis yang seronok untuk semua, termasuk kaum bapa.
Janji Kami kepada Bayi
Buat burung origami anda sendiri dan tulis janji-janji anda kepada si manja
Mandi Tian di Seluruh Dunia
Bayi yang bakal dilahirkan diraikan dengan cara yang berbeza oleh masyarakat di seluruh dunia. Lawati BabyCenter® untuk mengetahui cara budaya lain menyambut kedatangan bayi.
Related Products
Related Articles
Perubahan Badan Anda
Ketahui bagaimana badan anda akan berubah semasa hamil dan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk tetap berasa yakin dengan diri sendiri sepanjang tempoh 9 bulan yang istimewa ini.
Sebelum Bayi Lahir
Anda akan menjadi ibu dan bapa – detik paling istimewa dalam hidup anda! Jika anda berasa gementar, itu normal.
Menyediakan Bilik Bayi
Anda tidak perlu membeli perabot yang mewah atau mainan yang mahal untuk menyediakan bilik bayi yang ideal. Anda hanya perlu membuat pertimbangan bagi memastikan persekitaran itu selamat, tenteram dan bersedia untuk menyambut bayi anda.
Menyusukan Bayi Anda
Masa menyusu merupakan waktu yang baik untuk duduk diam, berehat dan mengeratkan ikatan dengan bayi anda melalui sentuhan. Ibu-ibu menyusukan bayi mereka dengan pelbagai cara yang berlainan. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyusukan bayi anda.