Skip to main content

Keluar Bersama Bayi Anda

Terokai alam semula jadi bersama pada setiap peringkat dalam tahun pertama si manja. Berada di luar rumah memberikan udara yang segar dan perubahan yang menenangkan serta merangsang deria si manja. Ini membantu menggalakkan perkembangan yang sihat, di samping membantu menceriakan anda.

Outdoors With Your Baby

Apabila keluar rumah, pastikan anda dan bayi anda dilindungi daripada sinaran matahari dengan baik. Pastikan anda mengelakkan sinaran matahari pada waktu yang paling panas, memakai pakaian pelindung dan menggunakan krim pelindung sinar matahari seperti mana yang dinasihatkan oleh pakar kanak-kanak anda.

Umur Bayi: Baru Lahir hingga 3 Bulan

Pada peringkat ini, kurang tidur, hormon yang tidak stabil dan tugas memenuhi setiap keperluan bayi boleh menyebabkan ibu mengalami kecelaruan emosi. Jangan bimbang jika anda berasa sedikit lemas dan beremosi dalam 3 bulan pertama menjadi ibu. Lagipun, setiap hari merupakan pengalaman pembelajaran untuk anda dan bayi anda. Sentiasa ingat bahawa saat ini ialah masa yang menggembirakan kerana setiap hari ikatan kasih sayang antara anda dan si manja semakin erat.

Aktiviti luar rumah:

  • Luangkan masa untuk berjalan-jalan di luar sebentar bersama si manja dengan mendukungnya atau meletakkannya di dalam kereta sorong bayi. Walaupun sekadar 10 minit, ia tetap memberikan manfaat

  • Senaman dan udara yang segar adalah baik untuk kesihatan selepas bersalin, tetapi biasanya anda akan mengorbankannya demi memenuhi keperluan si manja. Jika ibu gembira, bayi juga gembira. Mengapa? Si manja dapat merasakan ketegangan atau kekecewaan anda

  • Bayi, terutamanya yang baru lahir, ditenangkan oleh hingar putih, yang menyerupai bunyi yang didengarnya semasa di dalam rahim. Syukurlah, alam semula jadi kita dipenuhi hingar putih, seperti angin yang meniup pokok, deruan air sungai dan titisan hujan di atas bumbung

Umur Bayi: 3 hingga 6 Bulan

Pada peringkat ini, bayi anda mula tersenyum, mengomel dan berceloteh dalam bahasanya dan dapat melihat perkara di sekelilingnya dengan lebih jelas. Biasanya si manja belum mula merangkak atau berjalan, tetapi dia pasti sudah mula memanjangkan lehernya untuk melihat dunia yang menarik di sekelilingnya

Aktiviti luar rumah:

  • Tuding pada pokok, rumput dan bunga, sebut perkataan untuk setiap objek itu beberapa kali. Si manja mungkin belum dapat menyebut perkataan, tetapi dia menyerap semua yang didengar dan dilihatnya

  • Nikmati senyumannya dan lihat matanya yang terbeliak apabila dia kehairanan. Begitu juga mata anda

Umur Bayi: 7 hingga 9 Bulan

Pada peringkat ini, bayi anda biasanya sudah boleh mengawal kepala dan boleh duduk dengan sendiri. Inilah masanya peneroka cilik itu diselubungi rasa ingin bergerak dan mungkin juga sudah mula merangkak. Sementara itu, ibu-ibu sering merasakan bahawa sudah tiba masa untuk menjaga kesihatan mereka sendiri dengan bersenam lebih kerap

Aktiviti luar rumah:

  • Tinjau kereta sorong bayi yang boleh dibawa berjoging, penggendong bayi atau basikal khas yang boleh membawa bayi

  • Apabila bersenam, pastikan bayi anda selamat dan pastikan kadar denyutan jantung anda meningkat

  • Si manja juga mungkin terlelap semasa anda bersenam. Ini bermakna dia akan bertenaga untuk bermain kemudian

Umur Bayi: 10 hingga 12 Bulan

Pada peringkat ini, bayi anda mula tahu bahawa perkataan itu merujuk kepada objek tertentu. Pada umur ini juga, "kekekalan objek" sudah utuh sepenuhnya, yang bermakna bahawa dia kini tahu bahawa objek masih wujud walaupun tidak kelihatan.

Aktiviti luar rumah:

  • Bentang tikar plastik di halaman rumah atau di taman rekreasi untuk berkelah

  • Pada peringkat ini, bayi anda sudah mula makan pelbagai jenis makanan pejal. Oleh itu, bawa beberapa makanan kegemarannya serta beberapa buah buku untuk dibaca bersama-sama di luar

  • Kumpul benda daripada alam semula jadi - batu sungai, kulit siput, bunga rumput - dan masukkan hasil kutipan itu ke dalam lipatan kain kecil. Katakan kepada si manja, "Ke mana perginya benda-benda tadi?" Lihatlah betapa gembiranya dia apabila dia membuka lipatan kain itu dan menemui semula hartanya. JOHNSON’S® baby face & hand wipes kami sesuai untuk pencucian yang pantas semasa meneroka di luar rumah.

  • Main buih sabun - aktiviti klasik ini tidak pernah gagal untuk membuatkan bayi gembira

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Masa Main Bersama Bayi Anda

Bantu si manja belajar dan berkembang melalui permainan.

Logo Baby Center

Mandi-manda dengan Selamat

Bayi anda boleh kekal dingin dan berseronok dengan bermain di kolam renang, pantai atau taman air. Tetapi air juga boleh mendatangkan bahaya. BabyCenter® berkongsi langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan si manja selamat.

Related Products

Related Articles

Play and Learning

Melakukan Perjalanan Bersama Bayi Anda

Mempunyai bayi tidak bermakna anda perlu duduk di rumah sahaja. Pelajari petua untuk membantu keluarga anda keluar dan menerokai pelbagai tempat baharu.

Play and Learning

Keselamatan Bayi di Luar Rumah

Alam semula jadi ialah taman permainan yang paling ideal untuk si manja. Ini kerana ia mempunyai begitu banyak benda untuk disentuh dan dilihat. Namun, ia mempunyai bahayanya yang tersendiri. Pelajari cara untuk melindungi si manja semasa bermain di luar.

Play and Learning

Pembelajaran Setiap Hari

Jika anda mempamerkan kepada si manja bahawa anda suka belajar, anak anda juga akan berasa teruja untuk belajar.

Cara Bayi Belajar Berjalan

Tidak lama lagi si manja akan mula merangkak ke sana ke mari dan kemudian belajar berjalan. Ketahui cara untuk membantu si manja berdiri dan melangkah.