Skip to main content

Pembelajaran Setiap Hari

Semakin tebal rasa ingin tahu si manja, semakin banyak perkara yang dipelajarinya. Oleh itu, memupuk rasa ingin tahu dalam diri anak anda merupakan salah satu cara yang paling penting untuk anda membantunya menjadi penimba ilmu sepanjang hayat.

Tips for Everyday Learning

Berikut ialah beberapa cara untuk anda memupuk rasa ingin tahu dalam diri anak anda.

Tunjukkan Minat terhadap Dunia Sekitar Anda

Berjalan-jalan di luar rumah dan luahkan rasa kagum anda terhadap pokok, langit, bintang dan sebagainya dengan kuat. Selain itu, jika anda menyukai bunga contohnya, biarkan si manja melihat anda menyiram dan mencium bunga itu.

Galakkan Minat Semula Jadi

Kanak-kanak belajar lebih banyak melalui aktiviti yang menarik perhatian dan imaginasi mereka. Jika mereka menyukai muzik, mainkan muzik dengan kerap, buat dan mainkan alat muzik bersamanya dan menari bersama-sama. Jika anak anda menyukai serangga, berikan penyodok dan jaring perangkap serta belikan buku mengenai serangga dan bacakan kepadanya.

Jawab Soalan dengan Ringkas dan Mengikut Perkembangan Anak Anda

Jika anak anda berusia 3 tahun, anda akan menjawab soalan tentang dari mana bayi keluar dengan jawapan yang jauh berbeza berbanding jika dia berusia 13 tahun. Tidak kira berapa umur anak anda, sentiasa tanya pandangannya terlebih dahulu sebelum menjawab.

Jika Tidak Tahu, Katakan Tidak Tahu

Biarkan si kecil tahu bahawa tidak mengapa jika tidak tahu jawapan tertentu. Saat sebegini juga memberi anda peluang untuk mengajar cara mencari jawapan. Pergi ke perpustakaan bersamanya atau tanya kepada seseorang yang mungkin tahu.

Gunakan Perpustakaan!

Pergilah ke perpustakaan bersama si kecil dengan kerap. Cari maklumat tentang jadual sesi bercerita di perpustakaan yang berhampiran. Buku merupakan jendela ke semua jenis dunia untuk memuaskan hati kanak-kanak yang diselubungi rasa ingin tahu. Kanak-kanak kecil yang didedahkan kepada buku akan menjadi pembaca yang lebih baik. Biarkan anak anda memilih bukunya sendiri. Kajian menunjukkan bahawa tidak kira sama ada kanak-kanak membaca buku tentang roket atau buku komik; perkara yang penting adalah anda dapat mengenal pasti minat mereka dan mereka suka membaca.

Rangsang Anak Anda dengan Soalan Jawapan Terbuka

Soalan jenis ini ialah soalan yang tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah. Ia juga tidak boleh dijawab dengan hanya satu perkataan seperti "ya" atau "tidak". Sebagai contoh, tanya kepadanya "Apa perasaan adik tentang ...", "Apa pendapat adik tentang (apa-apa pengalaman) ...", atau "Beritahu ibu apa yang berlaku di sekolah hari ini". Soalan sebegini menggalakkan anak anda supaya membangunkan fikiran dan ideanya, menunjukkan rasa sayang dan minatnya serta memberi anda gambaran tentang dunia dalamannya.

Wujudkan Persekitaran yang Menarik

Bayi menghabiskan satu perlima daripada waktu berjaganya dengan merenung sesuatu. Si manja berasa ingin tahu tentang persekitarannya. Gambar di dinding dan aktiviti lazim keluarga menarik minatnya secara semula jadi. Beri si manja barang mainan dan objek yang selamat untuk diterokainya. Gilirkan barang yang anda berikan kepadanya supaya si manja sentiasa mendapat barang “baharu”.

Ubah Haluan tetapi Jangan Matikan Minatnya

Cuba kenal pasti perkara yang menarik minat si manja atau kemahiran yang cuba dikuasainya. Kemudian, wujudkan cara yang selamat dan boleh diterima untuk si manja menerokainya. Sebagai contoh, jika si kecil sedang menerokai tanaman yang anda letakkan di dalam rumah, pindahkan tanaman itu ke tempat yang tidak dapat dicapainya tetapi berikan alternatif yang seakan-akan sama. Masukkan tanah ke dalam bekas plastik untuk si kecil bermain dan membuat kajian. Jika si kecil suka menuang air di dalam cawan ke atas kerusi atau lantai, pindahkannya ke dapur, bilik mandi atau halaman rumah selepas makan supaya mereka boleh meneroka dan bereksperimen dengan air tanpa menaikkan darah anda. Hal ini juga akan mengajar si kecil tentang kemahiran menyelesaikan masalah serta cara yang kreatif dan boleh diterima untuk melakukan sesuatu serta mendapatkan apa yang diingininya.

Nota: Lemas merupakan punca utama kematian kanak-kanak. Sentiasa awasi kanak-kanak semasa mereka bermain dengan air.

Luangkan Masa untuk Aktiviti Hujung Terbuka

Tidak seperti beberapa mainan yang direka untuk digunakan dengan cara yang tertentu, bahan-bahan seperti kotak, bongkah, air, pasir, periuk, kuali dan alat lukis, boleh digunakan mengikut imaginasi si kecil. Jangan beritahu anak anda apa yang perlu dilakukannya dengan barang tersebut, cara melakukannya atau bagaimana hasilnya nanti. Biarkan rasa ingin tahu si kecil yang membimbingnya.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Masa Main Bersama Bayi Anda

Bantu si manja belajar dan berkembang melalui permainan.

Logo Baby Center

Si Kecil Celik Teknologi

Komputer, telefon pintar dan tablet boleh menjadi alatan yang penting untuk membantu si kecil berkembang. BabyCenter® berkongsi cara yang betul untuk memberi si kecil masa bermain alatan teknologi.

Related Products

Related Articles

Play and Learning

Melakukan Perjalanan Bersama Bayi Anda

Mempunyai bayi tidak bermakna anda perlu duduk di rumah sahaja. Pelajari petua untuk membantu keluarga anda keluar dan menerokai pelbagai tempat baharu.

Play and Learning

Keluar Bersama Bayi Anda

Sebagai ibu baharu, anda mungkin tidak pasti perkara yang selamat dilakukan bersama si manja di luar rumah. Kami menawarkan cadangan untuk pelbagai peringkat pada tahun pertama si manja.

Play and Learning

Keselamatan Bayi di Luar Rumah

Alam semula jadi ialah taman permainan yang paling ideal untuk si manja. Ini kerana ia mempunyai begitu banyak benda untuk disentuh dan dilihat. Namun, ia mempunyai bahayanya yang tersendiri. Pelajari cara untuk melindungi si manja semasa bermain di luar.

Cara Bayi Belajar Berjalan

Tidak lama lagi si manja akan mula merangkak ke sana ke mari dan kemudian belajar berjalan. Ketahui cara untuk membantu si manja berdiri dan melangkah.