Skip to main content

Permainan untuk Dimain Bersama Si Kecil

Pada peringkat ini, si kecil baru sahaja mula mengetahui bagaimana dunia yang besar, menarik dan rumit ini berfungsi. Dia menggunakan badannya untuk menerokai segala-galanya - daripada lantai dapur hinggalah kepada timbunan pasir.

Playing With Your Toddler

Masa main akan menjadi lebih menyeronokkan apabila si manja sudah mula bertatih. Fikiran si kecil akan dipenuhi rasa ingin tahu. Dia juga akan mula belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik menggunakan gerak isyarat, bunyi dan perkataan. Di samping itu, dia akan mula belajar berdiri di atas dua kaki dan melangkah ke hadapan dan ke belakang. Malah, dia mungkin juga akan berlari, melompat dan memanjat tidak lama lagi. Si manja juga akan menggunakan jari dan tangannya untuk meneroka dengan cara yang lebih rumit (jadi pastikan anda bersedia untuk berlari mengejarnya).

Setiap kanak-kanak mempunyai gaya meneroka yang berbeza. Sesetengah kanak-kanak kecil lebih berorientasikan tindakan. Sesetengah yang lain mungkin lebih gemar permainan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan berasa lebih tenang jika dapat bermain sambil duduk diam di satu tempat. Cuba beberapa permainan yang disyorkan di bawah dan kenal pasti jenis permainan yang terbaik untuk si kecil anda.

Permainan Berlari, Mendaki dan Aksi

Permainan klasik seperti "Tepuk Amai-amai", "Lompat Si Katak Lompat", “Police and Thief Went To Jungle” dan sebagainya ialah permainan yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Permainan ini menggalakkan mereka supaya bergerak, menyanyi, mendengar, menunggu giliran dan bekerjasama. Seperti biasa, pergi ke taman rekreasi, taman permainan dan bermain di halaman rumah memberi si kecil peluang untuk berlari, memanjat dan bermain bersama kanak-kanak yang lain. Pada hari hujan, buatkan litar berhalangan di dalam rumah atau pasang khemah dan adakan sesi bercerita.

Mari Lakukannya Lagi... dan Lagi... dan Lagi

Pengulangan ialah cara kanak-kanak kecil memahami bagaimana sesuatu itu berlaku atau berfungsi dan bagaimana dua benda boleh dicantumkan. Dia mungkin akan mengisi kotak dengan mainan dan mengosongkan semula kotak itu berulang kali untuk memahami konsep penuh dan kosong serta masuk dan keluar. Selain itu, si kecil mungkin mahu mendengar cerita atau menyanyikan lagu yang sama berulang kali. Jenis pengulangan ini membantu anak anda mengetahui perkara yang dijangkakannya. Ia turut memberi si manja rasa selamat dan rasa mengawal. Perkara yang lebih baik lagi adalah, ia membantu si kecil menguasai kemahiran baharu dan meningkatkan keyakinan dirinya.

Namakan Lagu Itu

Oleh sebab anak anda belajar dengan cara mengajuk atau meniru, dia pasti akan berasa seronok menyanyikan lagu dan mendengar anda membacakan cerita yang mempunyai kata-kata yang berima. Perkataan lebih mudah dipelajari jika ia disusun menjadi pantun pendek atau dijadikan lagu. Untuk mendorong penglibatan si kecil, cuba hentikan sebentar lagu yang sedang dimainkan. Adakah dia tahu perkataan yang seterusnya? Menari mengikut muzik bersama si kecil dan gerakkan kaki dan tangannya. Ini merupakan cara yang seronok untuk membantu si kecil mengekspresikan dirinya dan merasai kebebasan bergerak.

Tangan yang Sibuk

Bagi kanak-kanak kecil, sebahagian besar daripada penerokaan adalah mencari cara untuk melakukan sesuatu. Kanak-kanak kecil menggunakan jari dan tangan mereka untuk menekan butang, memasukkan barang ke dalam kotak dan mengosongkannya semula serta menyelak halaman buku. Mengetahui cara untuk menolak dan menarik membolehkan si kecil bermain muzik dan menikmati buku kegemarannya. Selain itu, si kecil anda juga mungkin suka mewarna jari, mewarna gambar, bermain dengan doh atau memerah span yang basah.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Masa Main Bersama Bayi Anda

Bantu si manja belajar dan berkembang melalui permainan.

Logo Baby Center

Janji Temu

Mengatur janji temu untuk bermain merupakan cara yang ideal untuk anda dan si kecil mencuri masa untuk mengeratkan ikatan. Lawati BabyCenter® untuk mempelajari cara mengatur janji temu yang menyeronokkan.

Related Products

Related Articles

Play and Learning

Melakukan Perjalanan Bersama Bayi Anda

Mempunyai bayi tidak bermakna anda perlu duduk di rumah sahaja. Pelajari petua untuk membantu keluarga anda keluar dan menerokai pelbagai tempat baharu.

Play and Learning

Keluar Bersama Bayi Anda

Sebagai ibu baharu, anda mungkin tidak pasti perkara yang selamat dilakukan bersama si manja di luar rumah. Kami menawarkan cadangan untuk pelbagai peringkat pada tahun pertama si manja.

Play and Learning

Keselamatan Bayi di Luar Rumah

Alam semula jadi ialah taman permainan yang paling ideal untuk si manja. Ini kerana ia mempunyai begitu banyak benda untuk disentuh dan dilihat. Namun, ia mempunyai bahayanya yang tersendiri. Pelajari cara untuk melindungi si manja semasa bermain di luar.

Play and Learning

Pembelajaran Setiap Hari

Jika anda mempamerkan kepada si manja bahawa anda suka belajar, anak anda juga akan berasa teruja untuk belajar.