Skip to main content

Permainan untuk Dimain Bersama Bayi

Melihat kegembiraan di mata si manja dan mendengar tawanya sudah cukup untuk menjadi sebab mengapa ibu bapa seronok bermain bersama anak mereka. Walau bagaimanapun, terdapat sebab lain yang lebih baik mengapa anda perlu bermain bersama si manja – bermain juga membantu perkembangannya.

Playing With Your Baby

Semasa bermain bersama si manja, libatkan semua derianya: mata, telinga, hidung, tangan dan mulut. Deria-deria Ini merupakan alat yang digunakan oleh anak anda untuk menerokai dan mempelajari perihal dunia ini. Untuk melibatkan semua derianya, cuba beberapa permainan berikut.

Mengajuk

Bayi belajar bercakap dengan mengajuk atau meniru bunyi yang kita buat. Dorong si manja untuk berhubung dengan anda dengan berbisik dan bercakap dengannya. Semasa melakukan aktiviti ini, puji si manja apabila dia mengajuk anda. Semasa membacakan buku cerita kepadanya, tunjukkan kepadanya bahawa menekan butang akan mengeluarkan bunyi, misalnya itik menguek atau tunjukkan cara menyelak halaman buku.

Main Cak-cak

Semasa memakaikan pakaian atau menukar lampin si manja, cubalah bermain cak-cak bersamanya. Pada mulanya, si manja akan menunjukkan kegembiraannya dengan memberikan sepenuh perhatian. Apabila si manja semakin membesar, dia mungkin akan tersenyum, membuat bunyi dan menendang-nendangkan kakinya. Apabila usianya mencecah 9 bulan, dia akan mula mencari anda dan cuba menanggalkan lampin atau pakaiannya.

Menyanyi dan Menari

Jika anda mempunyai lagu kegemaran yang ibu anda nyanyikan kepada anda, teruskan tradisi itu dan nyanyikannya kepada si manja. Jangan bimbang jika suara anda tidak merdu atau anda tidak pandai menyanyi. Bayi anda tetap suka mendengar suara anda. Cuba menari di sekelilingnya semasa anda menyanyi untuk memastikan dia sentiasa memberikan perhatian. Dengarkan pelbagai jenis muzik dan kenal pasti muzik yang paling disukainya.

Bermain Bola

Bola merupakan mainan yang ideal untuk membantu si manja meneroka menggunakan semua derianya. Jika boleh, beri si manja beberapa biji bola yang mempunyai pelbagai warna dan tekstur yang berlainan. Dorong anak anda supaya bermain dengan bola - golekkan bola itu kepadanya dan minta dia menggolekkannya kembali kepada anda. Biarkan dia mendapat idea tentang perkara yang boleh dilakukannya dengan bola itu. Pergi ke luar dan lantunkan bola ke dinding atau kawasan berturap.

Apabila usianya semakin bertambah, dia akan belajar untuk menggunakan badannya bagi menerokai dunia. Dia juga akan mula mencapai dan mengutip benda. Ini akan membolehkan si manja berinteraksi dengan mainannya dalam cara yang berbeza.

Pada usia 9 bulan, si manja akan mula memahami sebab dan akibat. Dia akan tahu bahawa jika dia menekan butang di dalam bukunya, itik akan berkuek. Di samping itu, dia akan memahami bahawa walaupun sesuatu itu tidak kelihatan, tetapi ia masih wujud. Anda masih ada di belakang bajunya walaupun dia tidak dapat melihat anda.

Menjelang ulang tahunnya yang pertama, dia akan berkomunikasi dengan anda menggunakan gerak isyarat, ekspresi muka, bunyi dan mungkin juga beberapa perkataan.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Masa Main Bersama Bayi Anda

Bantu si manja belajar dan berkembang melalui permainan.

Logo Baby Center

Lebih Banyak Permainan untuk Dimain Bersama Bayi

Pelajari pelbagai permainan yang anda boleh main bersama bayi anda dalam tahun pertama mereka.

Related Products

Related Articles

Play and Learning

Melakukan Perjalanan Bersama Bayi Anda

Mempunyai bayi tidak bermakna anda perlu duduk di rumah sahaja. Pelajari petua untuk membantu keluarga anda keluar dan menerokai pelbagai tempat baharu.

Play and Learning

Keluar Bersama Bayi Anda

Sebagai ibu baharu, anda mungkin tidak pasti perkara yang selamat dilakukan bersama si manja di luar rumah. Kami menawarkan cadangan untuk pelbagai peringkat pada tahun pertama si manja.

Play and Learning

Keselamatan Bayi di Luar Rumah

Alam semula jadi ialah taman permainan yang paling ideal untuk si manja. Ini kerana ia mempunyai begitu banyak benda untuk disentuh dan dilihat. Namun, ia mempunyai bahayanya yang tersendiri. Pelajari cara untuk melindungi si manja semasa bermain di luar.

Play and Learning

Pembelajaran Setiap Hari

Jika anda mempamerkan kepada si manja bahawa anda suka belajar, anak anda juga akan berasa teruja untuk belajar.