Skip to main content

Cara Bayi Belajar Berjalan

Tidak lama lagi si manja akan bertatih mengelilingi rumah. Untuk mencapai tahap ini, anda perlu memberikan galakan, perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai.

How Babies Learn to Walk

Kebanyakan bayi mula bertatih pada penghujung tahun pertamanya (antara 9 dan 12 bulan). Jangan bimbang jika bayi anda lewat berjalan. Ramai kanak-kanak masih belum berjalan sehinggalah mereka berusia 16 atau 17 bulan. Walau bagaimanapun, jika anda rasa si manja anda jauh ketinggalan berbanding rakan sebayanya yang lain, berbincanglah dengan doktor anda.

Cara Terbinanya Keupayaan Berjalan

Kebanyakan bayi bermula dengan merangkak. Tetapi ada juga bayi yang melangkau peringkat ini dan terus berdiri dan berjalan. Jika si manja anda sudah merangkak agak lama, dia mungkin akan mencuba pergerakan yang lebih mencabar seperti merangkak menaiki tangga. Walaupun menaiki tangga boleh membantu dia belajar cara menilai ketinggian dan kedalaman serta membina deria imbangannya, atas sebab keselamatan pastikan anda memasang pagar tangga supaya dia tidak dapat menaiki tangga tanpa kehadiran dan bantuan anda.

Sebelum Berjalan Bayi Anda Akan "Merambat"

Bayi yang aktif akan cuba berdiri dan melangkah beberapa langkah sambil memegang perabot. Teknik ini dikenali sebagai "merambat". Jika si manja berasa semakin yakin, tidak lama lagi dia akan dapat berjalan dari pintu bilik hingga ke dinding sebelah sana dengan berpegang pada perabot untuk membantu mengimbangkan badannya. Belajar merambat sebegini merupakan kemahiran fizikal terakhir yang perlu dikuasai oleh si manja sebelum dia mula berjalan tanpa bantuan. Dorong si kecil supaya merambat dan seterusnya berjalan dengan menghulurkan tangan anda. Tunjukkan kepadanya cara membengkokkan lutut untuk duduk. Jika dia cuba mencapai mainan kegemarannya dengan memusingkan badan untuk mengubah haluannya, jangan lupa untuk memujinya.

Sediakan Rumah Anda Agar Selamat untuk Bayi

Apabila si manja sudah pandai bertatih, pastikan rumah anda selamat untuk kanak-kanak. Bayi yang sedang merambat atau berjalan sangat mudah ditimpa kemalangan kecil. Selain itu, semasa si manja menggunakan tangan dan kakinya untuk bergerak, dia lebih mudah menjadi kotor, kulitnya boleh menjadi kering kerana banyak bergeser semasa berjalan dan dia juga lebih mudah mendapat luka kecil mahupun besar.
Bagi mendapatkan cara yang cepat dan mudah untuk mengekalkan kebersihan si manja, lembapkan kain pencuci yang lembut dan gunakan JOHNSON’S® baby TOP-TO-TOE™ wash untuk membersihkan anak anda sementara menunggu waktu mandi. Gunakan pencuci bayi yang lembut dan melembapkan apabila memandikan si manja, seperti JOHNSON'S® baby milk & rice bath.

Untuk mengekalkan kelembapan kulit si manja selepas mandi, cuba pelembap yang lembut seperti JOHNSON'S® baby lotion.

Berdasarkan kandungan daripada JOHNSON'S® Your Baby & Toddler, from Birth to 3 Years, DK Publishing Inc., 2004

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Masa Main Bersama Bayi Anda

Bantu si manja belajar dan berkembang melalui permainan.

Logo Baby Center

Petunjuk Kemajuan Bayi Anda

Sedar tak sedar, si manja yang sebelum ini merangkak sudah mula bertatih. BabyCenter® membantu anda membuat persediaan sebelum bayi anda mencapai satu lagi petunjuk kemajuan yang mengujakan dalam perkembangannya.

Related Products

Related Articles

Play and Learning

Permainan untuk Dimain Bersama Si Kecil

Anda mungkin mendapati bahawa apabila si manja membesar menjadi anak kecil, dia mempunyai lebih banyak tenaga! Masa bermain merupakan cara yang baik untuk membantu si kecil menyalurkan tenaganya. Selain itu, anak anda juga akan belajar berinteraksi dengan kanak-kanak lain, yang lebih besar mahupun yang lebih kecil.

Play and Learning

Pembelajaran Setiap Hari

Jika anda mempamerkan kepada si manja bahawa anda suka belajar, anak anda juga akan berasa teruja untuk belajar.

Play and Learning

Keselamatan Bayi di Luar Rumah

Alam semula jadi ialah taman permainan yang paling ideal untuk si manja. Ini kerana ia mempunyai begitu banyak benda untuk disentuh dan dilihat. Namun, ia mempunyai bahayanya yang tersendiri. Pelajari cara untuk melindungi si manja semasa bermain di luar.

Play and Learning

Melakukan Perjalanan Bersama Bayi Anda

Mempunyai bayi tidak bermakna anda perlu duduk di rumah sahaja. Pelajari petua untuk membantu keluarga anda keluar dan menerokai pelbagai tempat baharu.