Skip to main content

Keselamatan Bayi di Luar Rumah

Persekitaran luar rumah dipenuhi dengan pemandangan, bunyi dan benda yang boleh disentuh dan diterokai. Meluangkan masa di luar rumah bersama si manja dapat membantu perkembangannya dengan merangsang deria si kecil itu serta menyemai sikap mensyukuri alam semula jadi sepanjang hidupnya.

Introducing Baby to the Outdoors

Persekitaran luar rumah dipenuhi dengan pemandangan, bunyi dan benda yang boleh disentuh dan diterokai. Meluangkan masa di luar rumah bersama si manja dapat membantu perkembangannya dengan merangsang deria si kecil itu serta menyemai sikap mensyukuri alam semula jadi sepanjang hidupnya.

Anda dan si manja boleh pergi ke luar sekarang juga. Ramai pakar kanak-kanak mengesyorkan supaya ibu bapa tidak membawa bayi baru lahir ke tempat yang sesak kerana di situ kuman tersebar luas. Tetapi, selagi anda mengambil langkah berjaga-jaga yang betul, bersiar-siar di luar adalah baik untuk semua orang terutamanya ibu bapa yang penat bekerja atau menjaga bayi!

Bilakah waktu yang terlalu panas, sejuk atau basah untuk membawa bayi ke luar?

Berikut ialah beberapa cara yang terbaik untuk bersiap sedia bagi menghadapi bahang musim panas, cuaca yang basah atau sejuk dan angin bersama bayi anda.

Bahang musim panas:  Jika ingin keluar, pastikan anda keluar pada waktu pagi atau lewat petang untuk mengelakkan waktu yang paling panas. Pakaikan topi dan pakaian kapas berwarna cerah pada si manja. Elakkan pancaran terus sinaran matahari dan cari tempat yang teduh. Bawa botol semburan air untuk menyejukkan badan si manja dengan cepat. Selain itu, mandi di dalam kolam, tasik atau anak sungai bersama si manja juga pasti menyegarkan!

Cuaca basah atau sejuk:  Pakaikan beberapa lapis baju dan seluar yang nipis, topi yang tebal, sarung tangan dan kasut atau sarung kaki penebat. Untuk memastikan bayi tidak kepanasan, letakkan tangan anda di atas kulit di bawah pakaiannya dan tanggalkan satu lapisan jika perlu. Peraturan umum untuk bayi yang lebih besar dan kanak-kanak adalah, jika anda perlu memakai 2 lapis baju untuk menahan kesejukan, mereka perlu memakai 3 lapis.

Angin:  Jika bayi anda nampak tidak selesa dan anda tidak dapat melindunginya daripada tiupan angin, bawanya ke dalam bangunan.

Bagaimana untuk melindungi bayi saya daripada sinaran matahari?

Kita semua memerlukan matahari: ia membuatkan tumbuhan membesar, membuatkan kita berasa hangat dan membantu kita melihat dunia di sekeliling kita. Tetapi kita juga tidak dapat menafikan bahawa kulit bayi sangat sensitif terhadap sinaran matahari.

Berikut ialah beberapa petua untuk membantu melindungi bayi anda daripada sinaran matahari:

  • Elakkan sinaran matahari pada waktu yang paling panas iaitu antara 10 pagi hingga 2 petang. Duduk di bawah tempat yang berbumbung dan ingat bahawa cahaya yang dipantulkan juga tidak kurang bahayanya. Air, pasir dan salji adalah tiga pemantul cahaya yang utama. Oleh itu, perhatikan persekitaran anda!

  • Pakaikan seluar panjang dan baju berlengan panjang yang ringan dan nipis serta topi berpelindung yang melindungi leher daripada selaran matahari.

  • Walaupun pada hari mendung atau semasa berada di dalam kereta, sentiasa gunakan krim pelindung matahari yang dirumus khas untuk bayi. Jika si manja berumur bawah 6 bulan, bincangkan penggunaan krim pelindung matahari dengan pakar kanak-kanak anda.

Tetapi alam semula jadi sangat... kotor!

Jangan bimbang jika bayi anda menjadi kotor semasa bermain di luar. Semakin ramai penyelidik percaya bahawa bermain cara lama, seperti bermain dengan tanah atau pasir mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bakteria, virus dan mikrob yang akan menguatkan sistem imun mereka. Ada sesiapa nak pai lumpur?

Bagaimana untuk mengenal pasti tumbuhan-tumbuhan yang berbahaya?

Bermain kemuncup, memakan buah ceri (kerkut), menyentuh daun semalu: kebanyakan tumbuhan dan bunga merupakan bahagian yang menarik bagi zaman kanak-kanak.

Untuk mengetahui beberapa jenis fauna yang berbahaya, berikut ialah petuanya:

  • Kenali rupa pokok yang beracun, seperti pokok Ipoh, pokok Stinging Bush dan pokok hiasan Dieffenbachia. Ini merupakan antara tumbuhan yang banyak terdapat di negara ini dan diketahui sebagai beracun. Apabila getah atau daunnya bersentuhan dengan kulit manusia, ia mungkin menyebabkan tindak balas alahan. Pokok Stinging Bush mudah menarik perhatian kerana daunnya ditutupi bulu-bulu halus tetapi bulu-bulu halus ini seakan-akan menyengat jika tersentuh kulit. Apabila anak anda sudah besar, anda boleh mengajarnya pantun dua kerat yang sesuai supaya dia ingat bahawa pokok berbulu halus itu berbahaya.

  • Pastikan anda berunding dengan pakar kanak-kanak jika anda rasa bayi anda mendapat ruam alahan.

  • Bayi menerokai dunianya dengan memasukkan apa-apa sahaja ke dalam mulutnya. Tetapi sesetengah tumbuhan tidak boleh dimakan kerana beracun.

Bagaimana untuk menghalau serangga?

Tidak semua serangga cantik seperti kumbang kura-kura dan rama-rama. Tetapi jangan biarkan serangga membuatkan anda dan si manja terkurung di dalam rumah.

Nyamuk:  Cara yang terbaik untuk melindungi diri daripada nyamuk adalah dengan mencegah pembiakannya. Nyamuk membiak di dalam air yang bertakung. Oleh itu, pastikan pasu atau bekas yang terpakai tidak menakung air dan tampal lubang di halaman rumah bagi menghalang air daripada bertakung.

Selain itu, sila hubungi jabatan kesihatan awam tempatan anda untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang penyakit bawaan nyamuk yang sedang menular di kawasan anda (contohnya, Demam Denggi).

Sengkenit:  Sengkenit hidup di persekitaran yang panas dan lembap, terutamanya di kawasan berkayu atau berumput. Oleh itu, jangan bawa bayi anda ke persekitaran sedemikian. Sebagai langkah berjaga-jaga, pakaikan pakaian yang berwarna cerah pada si manja supaya sengkenit boleh dilihat dengan mudah. Setelah masuk ke rumah, periksa kulit dan rambut si manja dan pastikan tiada sengkenit yang melekat padanya. Ingat bahawa sengkenit boleh membawa penyakit dan sengkenit ini hanya sebesar biji bijan. Pastikan anda membuang sengkenit dengan teliti dan sila berjumpa pakar kanak-kanak anda.

Serangga penyengat:  Lebah, tebuan dan serangga penyengat lain tidak menyerang melainkan diganggu, tetapi bayi mungkin mengganggunya secara tidak sengaja. Jika si manja disengat, kemungkinan besar bahagian yang disengat akan membengkak dan sakit, yang akan reda dalam masa beberapa jam. Pastikan anda mencabut jarum penyengatnya - gunakan pencabut bulu kening dan seumpamanya dan cabut dengan perlahan-lahan. Kemudian basahkan tuala kecil dengan air sejuk dan tekan di tempat sengatan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Tindak balas alahan:  Dalam keadaan yang jarang berlaku, bayi anda mungkin alah terhadap sengatan lebah dan ini adalah sangat berbahaya. Gejala alahan ini termasuk: Ruam di banyak bahagian badan, sukar bernafas, bengkak di lidah, tangan atau muka, lemah dan tidak sedarkan diri. Hubungi 999 dengan segera.

Penghalau serangga:  Krim penghalau serangga yang berlabel "untuk seisi keluarga" biasanya boleh digunakan apabila kanak-kanak sudah berusia lebih 2 bulan. Berbincanglah dengan pakar kanak-kanak anda sebelum menggunakan krim penghalau serangga pada bayi anda.

Bolehkah bayi mendapat alahan bermusim, seperti demam alergi?

Ini antara perkara yang belum perlu anda bimbangkan lagi. Bayi baru lahir sangat jarang mengalami alahan bermusim atas sebab yang mudah, iaitu mereka belum hidup cukup lama. Apabila kanak-kanak mencecah usia 3 tahun, dia mungkin akan mendapat alahan bermusim. Tetapi jangan bimbang kerana pakar kanak-kanak anda boleh menawarkan panduan mengenai cara untuk merawatnya.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Masa Main Bersama Bayi Anda

Bantu si manja belajar dan berkembang melalui permainan.

Logo Baby Center

Selamat Semasa Bermain

Taman permainan ialah tempat yang sangat sesuai untuk si kecil mencari kawan sambil menikmati aktiviti luar. BabyCenter® membantu anda mengenal pasti bahaya tersembunyi yang perlu diperhatikan.

Related Products

Related Articles

Play and Learning

Permainan untuk Dimain Bersama Si Kecil

Anda mungkin mendapati bahawa apabila si manja membesar menjadi anak kecil, dia mempunyai lebih banyak tenaga! Masa bermain merupakan cara yang baik untuk membantu si kecil menyalurkan tenaganya. Selain itu, anak anda juga akan belajar berinteraksi dengan kanak-kanak lain, yang lebih besar mahupun yang lebih kecil.

Cara Bayi Belajar Berjalan

Tidak lama lagi si manja akan mula merangkak ke sana ke mari dan kemudian belajar berjalan. Ketahui cara untuk membantu si manja berdiri dan melangkah.

Play and Learning

Pembelajaran Setiap Hari

Jika anda mempamerkan kepada si manja bahawa anda suka belajar, anak anda juga akan berasa teruja untuk belajar.

Play and Learning

Keluar Bersama Bayi Anda

Sebagai ibu baharu, anda mungkin tidak pasti perkara yang selamat dilakukan bersama si manja di luar rumah. Kami menawarkan cadangan untuk pelbagai peringkat pada tahun pertama si manja.