Ritual Harian
Pengalaman seharian dalam kehidupan bayi boleh membangunkan dan merangsang derianya dan memberi ibu bapa peluang untuk meningkatkan keupayaan bayi mereka untuk belajar, berfikir, dan membesar. Ritual mudah seperti masa mandi dan urutan kulit-ke-kulit mewujudkan peluang yang ideal bagi ibu bapa untuk mewujudkan pengalaman pelbagai deria melalui apa yang bayi sentuh, melihat, mendengar, dan menghidu. .
Ritual masa mandi menawarkan peluang untuk sentuhan kulit-ke-kulit. Apa yang bayi rasakan…
Sentuhan adalah salah satu deria yang terbentuk dengan sempurna apabila bayi baru lahir.9 Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan sentuhan kulit-ke-kulit bermula dari kelahiran bayi.2 Sentuhan kulit-ke-kulit (rangsangan taktikal) memberi kesan positif kepada pelbagai aspek perkembangan bayi. Sentuhan kulit ke kulit pada masa mandi dan urutan dibuktikan mampu mengurangkan kortisol, penanda bio stres, dalam ibu bapa dan bayi,5,10 memudahkan kenaikan berat badan melalui penghadaman makanan yang dipertingkatkan disebabkan peningkatan tonus vagal dalam bayi pramatang;11 dan mengurangkan skor kemurungan dan keresahan pada si ibu.12
Kemurungan dan keresahan yang dialami ibu adalah satu kebimbangan khusus di kalangan ibu-ibu selepas bersalin. Ibu-ibu (n=40) kepada bayi pramatang yang akan didiscaj tidak lama lagi dari nurseri penjagaan neonatal perantaraan dibahagikan secara rawak kepada 2 kumpulan: kumpulan pertama ibu melakukan rangsangan sentuhan melalui urutan dan kumpulan kedua hanya memerhatikan bayi pramatang mereka menerima rangsangan sentuhan melalui urutan. Sesi urutan selama 8 minit terdiri daripada 2 segmen 4 minit yang serupa dan seragam tanpa mengeluarkan bayi dari basinet. Walaupun kedua-dua kumpulan ibu-ibu mempunyai skor kemurungan yang lebih rendah berikutan sesi itu, ibu-ibu bayi pramatang yang melakukan rangsangan sentuhan sebenar dengan mengurut bayi mereka juga mempunyai tahap kerisauan yang lebih rendah.12
Stres juga biasa dilihat dalam bayi pramatang dan boleh menyumbang kepada disregulasi metabolisme glukosa, dan dengan itu menghalang pertambahan berat badan dan perkembangan sihat.13Selain daripada pengurangan stres, bayi pramatang menambah berat badannya melalui peningkatan aktiviti vagal dan motiliti gastrik berikutan sentuhan kulit-ke- kulit (sentuhan rangsangan) melalui urutan.11 Aktiviti vagal adalah satu komponen penting dalam peraturan sistem saraf autonomik. Aktiviti vagal dan motiliti gastrik adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sihat bayi, terutamanya bayi pramatang. Bayi pramatang (n=80) yang stabil dalam unit rawatan rapi neonatal dibahagikan secara rawak kepada kumpulan urut untuk mendapatkan sentuhan kulit-ke-kulit atau kepada kumpulan kawalan penjagaan biasa bagi menilai aktiviti vagal dan tindak balas motiliti gastrik. Kumpulan bayi yang menerima sentuhan kulit-ke-kulit melalui urutan mempamerkan kenaikan jangka pendek konsisten dalam aktiviti vagal dan motiliti gastrik dan juga pertambahan berat badan dalam tempoh kajian 5 hari tersebut.11
Melalui sentuhan lembut tangan ibu bapa, masa mandi merupakan ritual mudah yang menyediakan peluang yang ideal untuk meningkatkan sentuhan kulit-ke-kulit.
Masa mandi memberi peluang untuk rangsangan visual. Apa yang bayi lihat…
Melakukan hubungan mata adalah cara yang paling berkesan untuk mewujudkan ikatan komunikasi. :14
Masa mandi juga merupakan peluang bagi ibu bapa untuk melakukan hubungan mata secara langsung dengan bayi mereka. Rangsangan visual adalah penting tatkala penglihatan bayi berkembang daripada saat dilahirkan sehingga usia lebih kurang tiga tahun.15 Dari saat mereka dilahirkan, bayi lebih suka rangsangan visual dengan mata terbuka luas dan pandangan secara langsung. Bayi menggunakan hubungan mata secara langsung sebagai satu bentuk komunikasi dan mereka juga menunjukkan pemprosesan neural yang dipertingkatkan apabila ibu atau bapa memandang secara langsung pada matanya.14
14 Kepekaan yang sangat awal terhadap hubungan mata yang dilihat dalam kajian ini menunjukkan asas pembangunan kemahiran sosial. Bayi cepat belajar bagaimana untuk berkomunikasi melalui hubungan mata dan bagaimana untuk menyampaikan maklumat ekspresif yang penting, seperti senyuman yang bermakna, dengan memerhatikan tingkah laku orang di sekeliling mereka.14 Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan agar ibu bapa melakukan hubungan mata secara langsung dengan bayi mereka dari saat dia lahir 2 untuk perkembangan bayi yang sihat.
Masa mandi ialah masa untuk rangsangan auditori. Apa yang bayi dengar…
Satu lagi deria penting dalam komunikasi dan emosi adalah pendengaran (rangsangan auditori). Deria pendengaran membolehkan kita untuk mengalami dunia di sekeliling kita melalui bunyi. Masa mandi adalah peluang yang ideal untuk rangsangan auditori melalui pengenalan bunyi baharu, seperti percikan air pada kaki bayi, dan bagi ibu bapa untuk bercakap atau menyanyi kepada bayi mereka.
Bunyi bukan sahaja mencipta memori dalam bahagian auditori dan bahasa korteks otak, tetapi juga menjana sambungan saraf kepada sistem limbik bayi.16 Bayi boleh mengenali suara ibu bapa seperti yang ditunjukkan oleh aktiviti otak yang dipertingkatkan di bahagian temporal posterior kiri otak.17 Di bahagian inilah pemprosesan linguistik berlaku, yang menunjukkan peranannya dalam perkembangan komunikasi dan17 Tambahan pula, apabila ibu bapa menyanyikan lagu atau bercakap dengan suara yang lembut dan menenangkan kepada bayi pramatang, seperti suara ketika menidurkan anak, kadar jantung bertambah baik, ikatan antara bayi dan ibu bapa dipertingkatkan, dan stres yang dialami ibu bapa akibat penjagaan bayi pramatang berkurangan.18
Percubaan klinikal rawak, pelbagai tapak, yang melibatkan bayi pramatang (n=272) pada 32 minggu kehamilan dengan sindrom masalah pernafasan, sepsis klinikal, dan/atau SGA (kecil untuk usia kandungan) menunjukkan apabila bayi dinyanyikan lagu dengan suara yang menenangkan, fungsi kadar jantung mereka meningkat dengan masa. Semasa rangsangan auditori, kadar jantung bayi berkurangan dan menjadi lebih beritma. Selain itu, rangsangan auditori memberikan masa tambahan untuk ikatan ibu bapa dan bayi di samping mengurangkan stres ibu bapa.18
Masa mandi ialah masa untuk rangsangan olfaktori. Apa yang bayi menghidu…
Deria bau adalah unik kerana bau diproses terus di dalam otak. Rangsangan deria bayi bau (rangsangan olfaktori) memberikan banyak manfaat perkembangan yang sihat termasuk dari segi emosi, sosial dan memori,4,19 dengan manfaat yang lebih ditunjukkan dalam keupayaan pembelajaran apabila rangsangan olfaktori digabungkan dengan rangsangan sentuhan.4 Bau yang menyenangkan masa mandi telah membuktikan untuk menggalakkan rasa tenang dalam bayi dan ibu bapa.10
Keupayaan bayi kecil untuk mengingati bau pada saat awal kehidupan mereka juga ditunjukkan sebagai memberi kesan yang menenangkan dan santai apabila mereka mencium bau yang biasa bagi mereka. Bau yang biasa boleh membantu menenangkan bayi ketika sakit atau stres20 dan telah ditunjukkan berupaya meredakan bayi yang menangis.21 Bayi cukup bulan (n=42), yang minum susu ibu, dan yang sihat, dibahagikan secara rawak kepada 1 dari 4 kumpulan: (1) secara semulajadi biasa dengan bau susu ibu mereka, (2) biasa dengan aroma vanila, (3) bau yang tidak dikenali, dan (4) tiada bau. Bayi yang mencium bau susu ibu mereka atau vanila, sangat kurang menangis selepas pengambilan darah rutin dari tumit berbanding bayi yang mencium bau yang tidak dikenali atau tiada sama sekali. Pemulihan yang lebih cepat akibat kesakitan menunjukkan bahawa bayi dapat mengingati bau dan mencium bau yang biasa mengurangkan keresahan. 20Keresahan yang berkurangan atau perasaan tenang secara keseluruhan ditunjukkan apabila ibu bapa memberi bayi mereka mandi dengan haruman lembut.10
Apabila berbilang deria digabungkan, seperti rangsangan olfaktori dan sentuhan, bayi mempamerkan tindak balas kognitif yang lebih baik. Satu kajian menyiasat penyesuaian olfaktori dan pembelajaran berkait bayi baru lahir yang berumur 1 hari (n=66), mendapati bahawa bayi bertindak balas dengan lebih dengan mengalih kepala mereka ke arah bau yang biasa apabila ia digabungkan dengan sentuhan daripada bau atau sentuhan semata-mata. Bayi dibahagikan secara rawak kepada 4 kumpulan: pendedahan kepada bau dan sentuhan serentak, sentuhan diikuti dengan bau, bau sahaja, dan sentuhan sahaja. Sehari selepas pendedahan awal kepada bau, hanya bayi yang menerima bau dan sentuhan bersama mengalih kepala mereka ke arah bau, menunjukkan tindak balas yang dipelajari.
Keputusan ini menunjukkan bahawa pembelajaran olfaktori asosiatif kompleks boleh berlaku dalam bayi dalam masa 48 jam pertama kehidupan dan rangsangan pelbagai deria mungkin lebih berkuasa daripada rangsangan deria secara individu.4 Masa mandimenyediakan peluang yang mudah bagi ibu bapa untuk memberi rangsangan olfaktori dan sentuhan. Ibu bapa yang memberi bayi mereka mandian dengan haruman menyediakan lebih banyak rangsangan sentuhan dengan lebih sentuhan kulit-ke-kulit buat bayi mereka daripada mereka yang tidak menggunakan haruman semasa mandi.10 Haruman mewujudkan satu pengalaman
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Rutin 3 Langkah JOHNSON'S®
Rutin 3 langkah unik kami merupakan rutin waktu malam yang pertama dan satu-satunya yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu si kecil yang berusia 7 hingga 36 bulan tidur dengan lebih baik dalam masa hanya seminggu.
Panduan tentang Ruam Lampin
Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.
Dapatkan penjimatan ke atas Produk Bayi JOHNSON’S® kegemaran anda.
Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.
Related Articles
Menggalakkan Ibu Bapa
Menggalakkan ibu bapa untuk melihat masa mandi dan urutan sebagai peluang untuk merangsangkan deria-deria akan membantu perkembangan sihat si manja secara keseluruhan.
Rangsangan Pelbagai Deria
Rangsangan Pelbagai Deria mempunyai impak yang amat bermakna dalam pembangunan bayi yang sihat pada tahun-tahun awal kehidupan bayi.
Ritual Masa Mandi
Ritual masa mandi boleh memanfaatkan perkembangan sosial, emosi, kognitif, dan fizikal bayi.