Ritual Masa Mandi
Ritual mandi menyediakan rangsangan pelbagai deria melalui hubungan secara langsung kulit-ke-kulit, seperti sentuhan tangan ibu bapa semasa urutan; ;10 melakukan hubungan mata secara langsung;10,14 mendengar suara ibu bapa;17 dan mengenali bau yang biasa, seperti bau ibu bapa21 atau produk mandian yang digunakan.10 Pendedahan awal dan berterusan bayi kepada tekstur, pemandangan, bunyi, dan bau ini melalui masa mandi ritual menyediakan peluang sangat unik untuk perangsangan pelbagai deria yang boleh merangsang deria sentuhan, bau, visual, dan auditori bayi.
Manfaat rangsangan pelbagai deria dan ritual masa mandi
Apabila ritual dilaksanakan sebagai amalan harian, stres ibu bapa berkurangan dan hasilnya ialah tidur yang lebih banyak dan berkualiti untuk si manja.22 Ritual yang termasuk mandian hangat diikuti dengan urutan dengan pelembap kulit lembut dan aktiviti tenang adalah perubahan tingkah laku yang mudah yang disokong secara saintifik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti tidur bayi. Langkah ini telah dikaitkan dengan stres ibu bapa yang berkurangan22 Ibu-ibu dan bayi mereka (n=206), yang berusia 7 hingga 18 bulan mengambil bahagian dalam kajian 3 minggu di mana ibu-ibu telah diarahkan untuk menjalankan ritual masa mandi tertentu yang termasuk mandi, urut dan aktiviti yang tenang manakala kumpulan kawalan meneruskan ritual biasa bagi bayi mereka. Mood ibu meningkat dengan ketara dalam kumpulan yang melakukan ritual tersebut dan bayi mengalami peningkatan dalam kualiti dan kuantiti tidurnya.22 .Rutin seperti ini boleh dikatakan pelbagai deria, kerana ia menggabungkan apa bayi merasa, melihat, mendengar dan bau.
Masa mandi membawa kesan ketenangan kepada bayi dan juga ibu bapa, khususnya apabila produk yang harum digunakan. Bayi (n=30) yang telah diberikan mandian dengan haruman (berbanding dengan mandian tanpa haruman) kurang menangis dan menghabiskan lebih banyak masa tidur nyenyak selepas mandi. Pada masa yang sama, ibu bapa yang memberikan mandian dengan haruman itu lebih tenang dan memberikan lebih sentuhan kulit-ke-kulit kepada bayi mereka. Tahap kortisol kedua-dua bayi dan ibu bapa menurun dengan ketara selepas mandian dengan haruman, menyokong penurunan dalam tahap stres secara keseluruhan.10
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Rutin 3 Langkah JOHNSON'S®
Rutin 3 langkah unik kami merupakan rutin waktu malam yang pertama dan satu-satunya yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu si kecil yang berusia 7 hingga 36 bulan tidur dengan lebih baik dalam masa hanya seminggu.
Panduan tentang Ruam Lampin
Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.
Dapatkan penjimatan ke atas Produk Bayi JOHNSON’S® kegemaran anda.
Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.
Related Articles
Ritual Harian
Ritual harian seperti pada masa mandi merupakan peluang yang terbaik untuk merangsangkan pelbagai deria-deria.
Menggalakkan Ibu Bapa
Menggalakkan ibu bapa untuk melihat masa mandi dan urutan sebagai peluang untuk merangsangkan deria-deria akan membantu perkembangan sihat si manja secara keseluruhan.
Rangsangan Pelbagai Deria
Rangsangan Pelbagai Deria mempunyai impak yang amat bermakna dalam pembangunan bayi yang sihat pada tahun-tahun awal kehidupan bayi.