Bayi yang sihat bergantung pada planet yang sihat
Di Johnson's®, tugas kami adalah untuk membina hari esok yang lebih baik. Itulah sebabnya kami berkomitmen untuk memberi ibu bapa dan pengasuh produk yang lembut tetapi berkesan untuk bayi mereka. Kami menyokong sebuah dunia yang mana setiap bayi boleh membesar dan berkembang dengan memilih ramuan-ramuan yang bermatlamat, meningkatkan kelestarian pembungkusan, dan memberi kembali kepada masyarakat kita.
Bahan Tulen dan Lembut
Tahukah anda bahawa kami telah merumuskan semula produk kami secara dalaman dan luaran demi memenuhi piawaian baru kelembutan kami?
Untuk bayi, proses pemilihan ketat ramuan kami memastikan produk kami sama tulen dan lembut, serta berkesan. Semua pembersih dan losyen cecair kami bebas paraben, bebas phthalate, bebas sulfat, dan bebas pewarna.
Untuk alam sekitar, kami menggunakan sistem yang dipatenkan AS yang dipanggil alat Penilaian Bahan Akuatik Global ™ untuk membantu kami merumuskan produk yang tidak beracun dan terbiodegradasi yang selamat untuk kehidupan dan ekosistem akuatik.
Menjelang tahun 2025, kami merancang untuk menawarkan produk-produk yang lebih inovatif, di mana setiap pilihan yang kami buat adalah lebih berteliti dalam mempertimbangkan kesihatan bayi dan planet kita.
Pembungkusan Lestari
Tahukah anda, dengan membuat perubahan pembungkusan kecil, seperti mengeluarkan pam, ianya boleh mendatangkan perubahan besar dalam proses kitar semula?
Pada tahun 2020, kami berhasrat untuk beralih dari pam ke penutup untuk semua produk pembersih cecair di bawah 500ml di AS, yang akan mengurangkan jutaan pam di kawasan pembuangan sampah setiap tahun.
Kami telah memperluaskan rangkaian pakej isi semula di beberapa pasaran utama di seluruh dunia untuk meningkatkan penggunaan semula botol dan mengurangkan sisa plastik. Kami juga telah memastkan mesej kitar semula tertera dengan jelas di setiap botol kami.
Menjelang tahun 2025, kami berhasrat untuk memaksimumkan program kitar semula kami dengan menukar ke botol PET yang telus dan pam yang boleh dikitar semula sepenuhnya. Kami juga merancang untuk memperluaskan rangkaian pakej isi semula ke AS dan mengoptimumkan rantaian bekalan kami untuk mengurangkan pelepasan karbon. Menjelang tahun 2030, kami berhasrat untuk menggunakan plastik kitar semula 100% untuk setiap botol yang di keluarkan oleh kami.
Impak Ke Atas Masyarakat
Tahukah anda bahawa Johnson’s berkomitmen penuh ke atas tanggungjawab sosial dan perkembangan bayi?
Selama lebih dari 40 tahun, kami telah menyumbang kepada persatuan kejururawatan dan perbidanan global yang terkemuka.
Pada tahun 2020, kami menangani keperluan mendesak krisis COVID-19 dengan memberikan sokongan informasi dan pengetahuan kepada ibu-ibu yang hamil.
Pada masa depan, kami merancang untuk memperluaskan perkongsian luaran kami untuk menyokong jururawat dan bidan untuk memberikan setiap bayi permulaan hidup yang paling sihat - dari kelahiran sehingga ke tahun pertama mereka.
Komitmen Korporat Kami
Dedikasi kami terhadap sains, kepintaran dan kesihatan manusia tidak berhenti dengan produk bayi Johnson's®. Ketahui bagaimana syarikat induk kami, Kenvue Consumer Health, bertindak untuk menjadikan planet ini lebih sihat.