Skip to main content

Bau & Wangian

Wangian boleh mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan bayi.

vanilla-fragrance-pods.jpg

Kelebihan Haruman Kami yang Lembut

Bau, ingatan dan emosi mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Kajian sejak sekian lama telah menunjukkan bahawa pengalaman pelbagai deria merupakan bahagian yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat dan gembira.

Walau bagaimanapun, bagi kami adalah penting untuk ibu bapa rasa yakin dengan produk yang dipilih untuk digunakan pada kulit bayi mereka. Inilah sebabnya kami mendedahkan 100% ramuan pewangi yang melebihi 100ppm dalam syampu, pembersih dan losen kami.

Di kebanyakan negara, pihak pengawal selia membenarkan bahan disenaraikan sebagai “pewangi” pada label produk - tetapi kami tidak berhenti di sana.

Wangian yang kami gunakan adalah bebas daripada alergen pewangi yang diketahui.

Piawaian Johnson’s® adalah antara yang tertinggi dalam industri bagi bahan pewangi.

Kajian menunjukkan bayi yang dimandikan dengan produk mandian pewangi telah mempamerkan 30% lebih tanda-tanda interaksi dengan ibu bapa mereka selepas dimandikan berbanding bayi yang dimandikan dengan produk tanpa pewangi.

creating-fragrance-beakers-mortar-pestle.jpg

Wangian Adalah Satu Kesenian

Kami bekerjasama dengan syarikat pewangi utama di dunia untuk menghasilkan haruman yang lembut dan memastikan wangian ini memenuhi piawaian ketulenan kami yang ketat.

Ibu bapa sangat terkagum dengan wangian baharu yang kami cipta. 9/10 ibu bapa yang menguji bau losen bayi kami yang baharu menyukainya.

Pewangi Utama Johnson’s®

fragrance_-_tout_1_-johnsons-baby-shampoo-front.jpg

Fruity/Floral

Bau syampu bayi kami mengandungi haruman bunga dan buah untuk memberikan pengalaman yang ceria, segar dan menyeronokkan kepada anda dan bayi anda sewaktu mandi.

Ia mengandungi haruman bunga melur, ros dan violet yang diadun dengan haruman buah beri merah, limau gedang dan nenas. Haruman bedak dan kesturi memberikan sentuhan terakhir bagi bau ini.

fragrance_-_tout_2_-johnsons-baby-lotion-front.jpg

Floral/Powdery

Pewangi yang seimbang dengan haruman bedak yang lembut, bau bunga-bungaan dan bau awal sitrus yang segar. Asas haruman ini terdiri daripada gabungan bunga Ros, Melur dan Creamy Iris. Bau bunga-bungaan turut menambah kepada haruman oriental, bedak dan kesturi yang klasik bagi melengkapkan wangian losen bayi kami.

fragrance-johnsons-baby-bubble-bath-front.jpg

Fruity/Green

Pewangi mandian bayi kami tertumpu pada kesegaran bau epal hijau, aprikot dan oren. Ini merupakan haruman klasik dengan bau asas bunga ros, geranium dan teratai yang lembut dan berkrim dengan sedikit wangian strawberi yang menjadi dasar profil bau.

fragrance-johnsons-bedtime-baby-lotion-front.jpg

Floral/Powdery

Wangian losen Bedtime® kami mengadunkan tiga bau bunga: lily of the valley, jasmine blossom dan ros merah jambu, dan disatukan dengan haruman ivy dan aprikot yang manis. Bau permulaan yang memberi ketenangan dan keselesaan termasuklah ambar, kesturi dan susu panas yang eksklusif. Kombinasi ini memberikan perasaan yang menenangkan dan melegakan sesuai dengan identiti bayi.

fragrance_-_tout_13_-_johnsons-bedtime-baby-bath-front.jpg

Floral/Powdery

Wangian mandian Bedtime® kami mengadunkan tiga bau bunga: lily of the valley, jasmine blossom dan ros merah jambu, dan disatukan dengan haruman ivy dan aprikot yang manis. Bau permulaan yang memberi ketenangan dan keselesaan termasuklah ambar, kesturi dan susu panas yang eksklusif. Kombinasi ini memberikan perasaan yang menenangkan dan melegakan sesuai dengan identiti bayi.

fragrance_-_tout_23_-_johnsons-head-to-toe-baby-wash-shampoo-front.jpg

Citrus/Floral

Wangian pembersih & syampu Head-to-Toe® kami yang menyamankan terserlah dengan haruman sitrus diadun dengan bau buah-buahan yang enak untuk memberikan kesan yang menyegarkan. Bauan bunga yang disirami embun pagi seperti freesia dan lily of the valley disatukan dengan haruman kesturi dan ambar untuk memberikan pengalaman yang mengasyikkan.

fragrance-johnsons-cottontouch-newborn-face-body-lotion-front.jpg

Fruity/Floral

Gabungan buah-buahan kebun seperti pic dan epal menjadikan wangian kami Losen muka & badan bayi baru lahir CottonTouch™ lebih segar dan nyaman. Haruman menjadi bertambah selesa dan menenangkan dengan sentuhan santan kelapa, vanila dan gula-gula marshmallow.

fragrance_-_tout_24_-_johnsons-cottontouch-newborn-wash-shampoo-front.jpg

Fruity/Floral

Gabungan buah-buahan kebun seperti pic dan epal menjadikan wangian kami Pembersih & syampu bayi baru lahir CottonTouch™ lebih segar dan nyaman. Haruman menjadi bertambah selesa dan menenangkan dengan sentuhan santan kelapa, vanila dan gula-gula marshmallow.

Bahan wangian dalam produk bayi kami mematuhi piawaian global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan proses jaminan keselamatan 5 langkah kami.