Mengelap Bayi Agar Sentiasa Segar
Apabila si kecil berpeluh-peluh kepenatan bermain di taman permainan dan berlatih menggunakan tandas, anda tidak perlu memandikan si kecil setiap kali anda ingin membantu menyegarkan badannya. Setiap detik semasa anda menghentikan aktivitinya untuk mengelap tangan dan mukanya adalah jauh lebih bermakna daripada yang anda tahu. Sentuhan lembut anda membantu membina keyakinan dirinya dan haruman JOHNSON’S® baby skincare wipes yang menyenangkan dan tidak asing lagi itu boleh membuatkan si kecil berasa ceria.
Berikut ialah beberapa cara untuk membantu si manja kekal bersih tanpa perlu memandikannya.
Menyegarkan Badan Bayi Baru Lahir
Kebanyakan pakar kanak-kanak mengesyorkan supaya memandikan bayi baru lahir 2 atau 3 kali seminggu dan meningkatkan kekerapan seiring dengan bertambahnya usia si manja. Walaupun anda tidak digalakkan untuk memandikan si manja setiap hari, pastikan kawasan lampin sentiasa bersih setiap kali anda menukar lampin. Bersihkan muka, lipatan kulit di bawah dagu dan tangan setiap kali selepas si manja selesai menyusu.
Mandian dengan span merupakan alternatif yang menjadi pilihan ramai ibu untuk bayi mereka yang baru lahir.
Tisu Basah
Semasa berada di luar atau jika keadaan menyukarkan anda untuk membasuh tangan si manja, anda masih boleh memastikan bayi anda bersih dan segar walau di mana-mana sahaja. JOHNSON’S® skincare wipes kami merupakan barang yang wajib ada di dalam beg lampin si manja.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Bagaimana Pula dengan Kuman
Apabila si manja semakin membesar dan lebih banyak meneroka, dia akan berhadapan dengan lebih banyak kuman. Lawati BabyCenter® bagi mempelajari cara untuk melindungi bayi anda.
Related Products
Related Articles
Memanfaatkan Sepenuhnya Masa Mandi
Masa mandi merupakan peluang untuk membantu si manja belajar dan berkembang. Ketahui apa yang boleh anda lakukan bersama si kecil untuk membantunya mendapatkan lebih banyak manfaat daripada masa mandi.
Masa Mandi Si Kecil
Si kecil anda menjadi semakin berdikari setiap hari, tetapi dia masih terus belajar daripada anda. Bantu dia terus menerokai dunianya dengan menjadikan masa mandi detik yang istimewa.
Penjagaan & Dandanan Rambut Bayi
Apabila rambut si kecil semakin memanjang, ia memerlukan potongan, penjagaan dan produk yang betul untuk membantu memastikan rambutnya sihat dan tidak kusut.