Skip to main content

Melakukan Perjalanan Bersama Bayi Anda

Melakukan perjalanan bersama si manja boleh menjadi pengalaman yang amat berharga untuk anda berdua. Anda akan dapat melihat dunia melalui matanya dan berkongsi kegembiraannya semasa dia mendapat penemuan baharu.

Traveling With Your Baby

Walaupun ia menyeronokkan, melakukan perjalanan bersama bayi pasti ada cabarannya. Kami telah menyusun panduan ini untuk membantu anda mengatur perjalanan yang lebih menyeronokkan.

Pilih Destinasi yang Mesra Keluarga

Pilih hotel yang mempunyai kemudahan kanak-kanak serta memberikan diskaun untuk tilam tambahan dan sarapan kanak-kanak. Minta katil bayi yang selamat.

Lakukan Perjalanan Percubaan

Lakukan perjalanan balik hari atau hujung minggu untuk melihat bagaimana anak anda menyesuaikan dirinya. Jika bayi anda berumur 6 bulan ke atas, anda boleh melihat gambar destinasi yang dipilih dan bercakap dengannya tentang perkara yang akan dilakukan di sana. Berfikir positif tentang perjalanan yang telah dirancang itu dan kemungkinan besar, anak anda turut akan menjadi positif.

Lakukan dengan Perlahan-lahan

Lakukan dengan perlahan-lahan. Terlalu banyak pemandangan dan bunyi boleh memberikan rangsangan yang berlebihan kepada si manja. Hadkan atur cara lawatan anda kepada satu aktiviti sahaja setiap hari. Ini juga akan memudahkan anda membuat perubahan pada saat-saat akhir dan memastikan perubahan itu membuatkan semua orang gembira.

Berehat

Jika perjalanan itu menggunakan kereta, hadkan masa memandu kepada 6 hingga 8 jam dan berehat setiap 2 jam untuk menukar lampin atau pergi ke tandas dan bermain. Tamatkan hari anda lebih awal supaya semua orang boleh berehat selepas seharian di atas jalan raya.

Bawa Bekalan Makanan Ringan

Jika bayi anda sudah mula memakan makanan pejal, bawa bekalan makanan ringan. Air, jus dan makanan yang sihat tetapi tidak mudah rosak adalah satu kemestian.

Sediakan Kejutan

Sediakan kejutan untuk memastikan perjalanan itu menyeronokkan. Bagi bayi, berikan objek yang berkilat, mainan bermuzik, mainan ‘pop-up’ dan mainan berkerincing. Untuk kanak-kanak, pertimbangkan susun suai gambar, figura aksi seperti patung Ultraman, kertas lukisan dan pensil warna serta CD cerita.

Pastikan Bilik Hotel Anda Selamat untuk Bayi

Tanya pihak hotel sama ada mereka boleh menyediakan bilik yang selamat untuk bayi atau rancang untuk melakukannya sendiri. Periksa bilik anda dengan teliti. Bawa pita pelekat untuk menutup laci yang longgar misalnya dan untuk menutup soket elektrik.

Beli Tiket Kapal Terbang yang Berasingan untuk Bayi Anda

Jika anda merancang untuk menaiki kapal terbang, pertimbangkan untuk membeli tempat duduk yang berasingan untuk bayi anda supaya si manja lebih selamat dan selesa. Anda boleh membawa tempat duduk bayi yang anda pasang di kereta untuk digunakan di dalam kapal terbang. Sesetengah syarikat penerbangan menawarkan diskaun untuk kanak-kanak. Beri makanan kepada si manja semasa berlepas dan mendarat untuk mengelakkan kesakitan di telinganya dan pastikan dia sentiasa terhidrat.

Mulakan dan Akhiri Lebih Awal

Jika bayi anda cergas pada awal hari, pergi bersiar-siar pada waktu pagi dan khaskan waktu petang untuk berehat. Cuba ikut rutin anak anda.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Logo Baby Center

Berjimat semasa Melancong Bersama Keluarga

Mempunyai ahli keluarga baharu akan meningkatkan kos apa-apa perjalanan yang anda lakukan. BabyCenter® menawarkan petua untuk membantu anda menjimatkan wang supaya anda masih boleh mencipta kenangan istimewa yang hanya dapat dicipta ketika melancong.

Related Products

Related Articles

Play and Learning

Permainan untuk Dimain Bersama Si Kecil

Anda mungkin mendapati bahawa apabila si manja membesar menjadi anak kecil, dia mempunyai lebih banyak tenaga! Masa bermain merupakan cara yang baik untuk membantu si kecil menyalurkan tenaganya. Selain itu, anak anda juga akan belajar berinteraksi dengan kanak-kanak lain, yang lebih besar mahupun yang lebih kecil.

Cara Bayi Belajar Berjalan

Tidak lama lagi si manja akan mula merangkak ke sana ke mari dan kemudian belajar berjalan. Ketahui cara untuk membantu si manja berdiri dan melangkah.

Play and Learning

Pembelajaran Setiap Hari

Jika anda mempamerkan kepada si manja bahawa anda suka belajar, anak anda juga akan berasa teruja untuk belajar.

Play and Learning

Keselamatan Bayi di Luar Rumah

Alam semula jadi ialah taman permainan yang paling ideal untuk si manja. Ini kerana ia mempunyai begitu banyak benda untuk disentuh dan dilihat. Namun, ia mempunyai bahayanya yang tersendiri. Pelajari cara untuk melindungi si manja semasa bermain di luar.