Masa Mandi Si Kecil
Cara untuk menjadikan masa mandi lebih bermakna adalah dengan menggunakannya sebagai masa untuk si manja belajar dan menemui perkara baharu sewaktu dia membesar. Bermain di dalam bilik mandi bersama si kecil anda dan memberinya banyak perkakas seperti jag air, cawan dan buku meningkatkan pembelajarannya dan mengeratkan ikatan anda berdua.
Si kecil akan membina keyakinan diri apabila dia mampu menjaga dirinya dan itik mainannya dan apabila dia berjaya memecahkan buih. Kemahiran berfikirnya akan terangsang apabila dia menggunakan imaginasinya semasa bermain olok-olok, dan apabila dia membuat kaitan antara perkara yang dia lihat dalam buku dan perkara yang berlaku dalam kehidupan "sebenar"nya. Dia membina kemahiran berbahasa dan otot-otot di jari dan tangannya apabila dia menyelak halaman buku dan mempelajari perkataan baharu semasa anda berdua membaca bersama.
Perkembangan Sosial & Emosi
Apa yang boleh anda lakukan | Apa yang dipelajari anak anda |
Tanya si kecil jika dia ingin cuba membersihkan dirinya sendiri. | Bahawa dia boleh menjaga dirinya dan bahawa dia merupakan pembantu yang baik. |
Tunjukkan bahawa anda gembira apabila si kecil menemui perkara baharu atau berjaya mencapai sesuatu. Beritahu dia bahawa dia telah melakukan perkara itu dengan baik, sebagai contoh, membersih dan menjaga itik mainannya. | Bahawa dia adalah penting dan berkebolehan. |
Bantu dia menempuhi peralihan dengan memberikan notis sebelum masa mandi berakhir dan biarkan dia mengambil mainan kegemarannya bersamanya. | Bahawa perasaannya adalah penting dan bahawa anda akan membantunya mengurus situasi yang sukar. |
Kemahiran Berbahasa dan Berfikir
Apa yang boleh anda lakukan | Apa yang dipelajari anak anda |
Terokai buku mandi bersama-sama. Pelawa dia untuk menuding pada objek yang dikenalinya. Tunjuk kepadanya kaitan antara perkara yang dia lihat dalam buku dan perkara yang berlaku di dunia ""sebenar""nya. | Perkataan baharu dan supaya menyukai buku dan membaca, bila-bila masa, di mana-mana sahaja. |
Bercakap dengan si kecil anda tentang apa yang anda lakukan bersama semasa mandi. Tanyakan soalan kepadanya: Adalah itik mainannya dahaga? Adakah itik mainannya perlu dicuci? | Bahawa dia ialah penyampai yang baik. Bahawa dia boleh memikirkan ideanya sendiri. |
Bantu si kecil menjadi penyelesai masalah yang baik; sebagai contoh, bimbing si kecil cara untuk membuatkan span berbuih atau mencari halaman yang dicarinya di dalam buku. | Bahawa dia boleh menangani cabaran yang dihadapi |
Perkembangan Fizikal
Apa yang boleh anda lakukan | Apa yang dipelajari anak anda |
Beri si kecil pelbagai objek yang selamat untuk diterokainya semasa mandi. | Cara untuk menggunakan jari dan tangannya untuk melakukan sesuatu, seperti menggenggam jag air dengan kuat dan menenggelamkannya ke dalam air sebelum menuangkan airnya semula. |
Perhatikan cara dia menggunakan anggota badannya untuk melakukan sesuatu, seperti memecahkan buih mandian. | Bahawa dia mempunyai badan yang sihat dan kuat, yang boleh melakukan banyak perkara yang hebat. Hal ini membina harga diri yang positif. |
Ingat, sebahagian daripada keseronokan waktu mandi adalah memastikan si manja selamat. JANGAN sekali-kali meninggalkan bayi anda bersendirian di dalam besen mandi. Walaupun untuk sesaat. Oleh itu, sediakan semua barang yang diperlukan untuk mandi terlebih dahulu dan biarkan telefon berdering dan dihalakan ke peti mel suara. Selain itu, pastikan anda menetapkan suhu pemanas air anda bawah 48 darjah Celcius untuk membantu mencegah kemungkinan melecur.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Memandikan Bayi Anda
Pelajari langkah-langkah yang perlu diambil semasa memandikan si manja.
Keselamatan Semasa Mandi
Anda tahu bahawa anda tidak boleh membiarkan si manja sendirian tanpa pengawasan di dalam besen mandiannya, tetapi apakah cara-cara lain untuk memastikan keselamatan bayi anda? BabyCenter® berkongsi beberapa petua keselamatan masa mandi.
Related Products
Related Articles
Mengelap Bayi Agar Sentiasa Segar
Apabila si manja membesar, dia akan mula menerokai lebih banyak perkara dan ini bermakna dia akan terdedah kepada lebih banyak kotoran. Mandi terlalu kerap boleh mengeringkan kulitnya, jadi apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan si kecil sentiasa bersih walaupun masa mandi masih lama lagi?
Memanfaatkan Sepenuhnya Masa Mandi
Masa mandi merupakan peluang untuk membantu si manja belajar dan berkembang. Ketahui apa yang boleh anda lakukan bersama si kecil untuk membantunya mendapatkan lebih banyak manfaat daripada masa mandi.
Penjagaan & Dandanan Rambut Bayi
Apabila rambut si kecil semakin memanjang, ia memerlukan potongan, penjagaan dan produk yang betul untuk membantu memastikan rambutnya sihat dan tidak kusut.