Skip to main content

Sains Bayi

Kami gemar untuk terus mempelajari tentang bayi dan keperluan kulit mereka yang unik.

The Science of Baby

Itulah sebabnya kami telah menerbitkan lebih banyak kajian dalam bidang ini berbanding syarikat penjagaan global yang lain dalam tempoh lima tahun yang lalu. Kajian kami digunakan untuk menetapkan piawaian dalam penjagaan bayi di seluruh dunia. Sebagai syarikat penjagaan kesihatan global yang fokus pada kesihatan kulit, kami telah berusaha untuk mengisi jurang penyelidikan kritikal dengan membantu untuk memajukan 90% daripada penerbitan dan penulisan saintifik yang melalui tinjauan semula setara tentang pemahaman mengenai kulit bayi.


https://www.johnsonsbaby.com.my/sites/jbaby_my/files/get-to-know-science-infographic.jpg

Penglihatan

Tiada perkataan yang mampu menggambarkan perasaan anda apabila anda merenung ke mata bayi anda buat kali pertama.

Penglihatan bayi anda ialah deria terakhir untuk berkembang sepenuhnya, dan mata bayi terus terbentuk walaupun selepas dilahirkan.

  • Ketika lahir, dunia bagi bayi hanya kelihatan dalam warna hitam dan putih dan rona-rona kelabu. Selepas lebih kurang empat bulan, barulah mereka dapat melihat dalam warna sepenuhnya.

  • Bayi baru lahir hanya dapat fokus pada jarak yang dekat, iaitu 8 hingga 12 inci, yang merupakan jarak antara muka anda dan bayi anda ketika anda menyusu atau mendodoinya.

  • Pada tahun pertama, bayi mengerlipkan mata sebanyak 2 hingga 5 kali setiap minit berbanding orang dewasa yang mengerlipkan mata sebanyak 12 hingga 20 kali setiap minit.

  • Hubungan mata merupakan asas pada perkembangan komunikasi dan sosial.

Sentuhan

Naluri anda, dan kajian telah membuktikan bahawa sentuhan dan urutan yang rutin boleh membawa kepada perkembangan fisiologi, kognitif, emosi dan sosial yang lebih baik.

Ikatan emosi bayi yang pertama terbentuk daripada sentuhan fizikal, dan membentuk asas perkembangan emosi dan intelektual di kemudian hari.

Apalagi kulit bayi yang gebu pasti membuat anda rasa geram untuk menyentuhnya! Kulit bayi lebih sensitif daripada kulit anda.

  • Kulit berfungsi sebagai barisan pertama pertahanan terhadap organisma luar, toksin, perengsa dan alergen.

  • Kulit bayi lebih nipis daripada orang dewasa dan mungkin lebih sensitif kepada bahan perengsa.

  • Kulit perlu terhidrat secukupnya bagi memastikan pertahannya tetap kukuh. Menyapu losyen atau minyak yang melembapkan boleh membantu mengekalkan penghidratan yang penting bagi kulit.

Memahami apa yang menjadikan kulit bayi anda sensitif dan cara terbaik untuk melindunginya menjadi fokus kajian bertahun lamanya di JOHNSON’S®. Kami mereka semua produk bayi kami untuk menyokong kulit bayi yang unik dan berbeza dan masih belum matang. Carilah tanda dagangan CLINICALLY PROVEN MILDNESS ™, hanya daripada JOHNSON'S®, yang memberitahu anda bahawa anda boleh mempercayai produk ini untuk kulit sensitif si manja.

Haruman

Tahukah anda bayi anda dapat menghidu bau sebelum dia lahir lagi? Haruman ialah deria yang sangat penting kerana ia berkait terus dengan emosi dan memori di dalam otak dan mempengaruhinya. Haruman yang meriangkan dan biasa dihidu telah terbukti dapat memperbaik ragam perasaan, ketenangan dan kepekaan bayi. Selain itu bau ibu boleh membantu mengurangkan tangisan. Kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang dimandikan dengan produk mandian yang harum, berbanding dengan bayi yang tidak, mempamerkan 30% lebih isyarat penglibatan dengan ibu selepas masa mandi.

Masa Tidur

Ahhhh, tidur. Tidak ada sesuatu yang lebih enak daripada tidur.

Saintis kami berkerjasama dengan pakar luaran, termasuk Dr. Jodi Mindell dari Universiti Saint Joseph dan Hospital Kanak-kanak Philadelphia. Dr. Mindell ialah pakar tidur pediatrik terkemuka, yang terkenal di peringkat antarabangsa, dan kami berkerjasama dengannya untuk membangunkan penyelesaian yang membantu menangani masalah pada masa tidur.

Rutin 3 Langkah sebelum tidur kami telah dibuktikan membantu bayi tidur lebih cepat, kekal tidur lebih lama dan mengurangkan kekerapan terjaga sepanjang malam.

Luangkan bersama masa kualiti. Tidak kiralah sama ada anda mendodoikan bayi dengan lagu, membaca cerita, atau bercerita tentang hari anda, ini semua boleh membantu bayi anda bertenang sebelum lampu dipadamkan.

  1. Mulakan rutin dengan mandian hangat dan menenangkan menggunakan JOHNSON’S® baby BEDTIME® BATH® dengan NATURALCALM® essences. Mandian merupakan isyarat kepada bayi anda bahawa anda mula beralih daripada "masa sibuk"ke "masa untuk tidur."

  2. Lap bayi anda kering dengan perlahan dan cuba urutan yang lembut dengan JOHNSON’S® baby BEDTIME® BATH® with NATURALCALM® essences, untuk membantu menenangkannya.

  3. Luangkanbersama masa kualiti. Tidak kiralah sama ada anda mendodoikan bayi dengan lagu, membaca cerita, atau bercerita tentang hari anda, semuanya boleh membantu bayi anda bertenang sebelum tidur.

P.S. Ibu-ibu yang mencuba rutin ini untuk bayi mereka juga tidur dengan lebih baik dan mendapati perubahan positif dalam mood mereka, termasuk berasa kurang tegang dan kurang penat. Kami suka mendengarnya!

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

JOHNSON’S® 3-Step Routine

Rutin 3 Langkah JOHNSON'S®

Rutin 3 langkah unik kami merupakan rutin waktu malam yang pertama dan satu-satunya yang terbukti berkesan secara klinikal untuk membantu si kecil yang berusia 7 hingga 36 bulan tidur dengan lebih baik dalam masa hanya seminggu.

Diaper Rash Guide

Panduan tentang Ruam Lampin

Kenal pasti, cegah dan rawat ruam lampin dengan panduan berguna ini.

Dapatkan penjimatan ke atas Produk Bayi JOHNSON’S® kegemaran anda.

Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.

Related Articles

About Us

Siapa Kami

Kami berdedikasi dalam menyediakan produk-produk yang selamat, terbukti lembut dan halus secara klinikal, untuk para ibu.

Safety

Komitmen Kami kepada Keselamatan

Bahan-bahan utama pilihan kami selamat, halus dan lembut buat kulit bayi anda.

Beyond the Bath

Anak-anak Sihat, Keluarga Sihat

Ketahui mengapa para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®