Skip to main content

So Much More™

Di JOHNSON'S®, kami percaya bahawa setiap bayi seharusnya mendapat lebih lagi. Lebih banyak peluang bersentuhan kulit ke kulit. Lebih banyak masa untuk mengeratkan ikatan. Lebih banyak perangsangan deria. Perkembangan yang lebih sihat.

Saat-saat Seharian Menjadi Pengalaman Deria, Memupuk Perkembangan Bayi Yang Sihat

Kajian menunjukkan bahawa sentuhan dan urutan rutin oleh ibu bapa atau penjaga yang penyayang adalah penting untuk pertumbuhan, komunikasi dan pembelajaran bayi. Di JOHNSON’S® , kami memajukan penyelidikan yang mendedahkan bagaimana pengalaman seharian yang melibatkan deria, seperti masa mandi, boleh membawa kepada perkembangan bayi yang sihat dan riang.

Sentuhan:

Kajian menunjukkan bahawa sentuhan dan urutan rutin. Urutan Bayi boleh membawa kepada perkembangan fisiologi, kognitif, emosi dan sosial yang lebih baik. Secara khusus, urutan bayi yang rutin menunjukkan peningkatan dalam prestasi kognitif dan peningkatan tahap kecerdasan dan kepekaan. Ikatan emosi bayi yang pertama terbentuk daripada sentuhan fizikal, dan membentuk asas perkembangan emosi dan intelektual di kemudian hari. Kami percaya ini sangat istimewa.

Haruman:

Bayi anda dapat menghidu bau sebelum lahir lagi - dalam minggu ke-28 kehamilan! Haruman yang meriangkan dan biasa dihidu telah terbukti dapat memperbaik ragam perasaan, ketenangan dan kepekaan bayi. Selain itu bau ibu boleh membantu mengurangkan tangisan. Haruman juga penting dari hari pertama kerana bayi baru lahir menggunakan deria bau untuk membiasakan diri mereka lebih daripada deria lain.

Panduan Mengurut
Ketahui cara terbaik untuk mengurut bayi anda yang membesar!

Dengan JOHNSON’S®, Masa Mandi Boleh Menjadi Lebih Lagi

Di JOHNSON'S®, kami percaya masa mandian bukan sekadar mandi sahaja. Masa mandi yang termasuk aktiviti membersihkan dan mengurut badan, boleh menawarkan perangsangan pelbagai deria di mana ibu bapa dan bayi berpeluang bukan sahaja untuk mengeratkan ikatan tetapi juga menerokai pelbagai perkara bersama.

Langkah mudah yang boleh anda ambil untuk menjadikan masa mandian Lebih Lagi!

  • Bermain dengan buih boleh membantu meningkatkan koordinasi tangan dan mata bayi anda.

  • Memainkan muzik dan menyanyikan lagu pada masa mandi boleh merangsang bahagian otak yang mengawal memori. Memainkan sesetengah jenis muzik juga boleh merangsang bahagian otak yang mengawal imej visual.

  • Bercakap-cakap dengan bayi anda pada masa mandi boleh membantu dengan perkembangan bahasanya. Kajian menunjukkan bayi memiliki perbendaharaan kata yang lebih luas pada usia 24 bulan jika sering bertutur dengannya.

  • Mengocak air semasa mandi boleh membantu bayi anda belajar tentang sebab dan akibat.

  • Kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang dimandikan dengan produk mandian yang harum (berbanding dengan bayi yang tidak) mempamerkan 30% lebih isyarat penglibatan dengan ibu selepas masa mandi.

  • Urutan rutin sebelum atau selepas masa mandi merupakan peluang terbaik bagi sentuhan kulit ke kulit. Ia dibuktikan meningkatkan kualiti dan tempoh tidur bayi sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidur..

Ritual Penjagaan Harian Ialah Peluang Terbaik Untuk Pembelajaran dan Penerokaan

Bayi sedang belajar tentang dunia sekeliling mereka buat pertama kali. Tetapkan ritual harian dengan bayi anda yang melibatkan pelbagai aktiviti untuk merangsang deria bayi dan menyediakan peluang buatnya untuk belajar, berfikir, menyayangi dan berkembang.

Manfaatkan Sepenuhnya Rutin Anda Hari Ini

Terokai semua produk bayi JOHNSON’S® atau gunakan penapis produk kami untuk memudahkan carian anda, dan membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan - dengan segera.

Pelajari caranya

ibu-ibu lain menambahkan

#SoMuchMore

kepada masa mandi mereka bersama bayi


panel6