Tidur Si Kecil
Menidurkan si kecil dan tidur dengan aman mungkin sering kali merupakan sesuatu yang mencabar. Bagi memastikan si kecil mendapat tidur yang diperlukannya untuk menjadi sihat dan gembira, kekalkan rutin tidur yang memudahkan dia tidur sambil eratkan ikatan antara anda dengannya.
Apabila si kecil mula menjadi semakin berdikari dan melakukan banyak perkara untuk dirinya sendiri, kita cenderung untuk menganggap dia "sudah melepasi peringkat bayi". Tetapi perlu diingat bahawa dia masih mempunyai banyak keperluan yang sama seperti mana semasa dia masih bayi dahulu. Dia masih memerlukan banyak perhatian, perlu kerap didakap dan memerlukan banyak tidur. Malah, si kecil yang sedang bertatih memerlukan antara 12 dan 14 jam jumlah tidur keseluruhannya, biasanya 11 hingga 12 jam pada waktu malam dan 1 hingga 3 jam pada waktu siang.
Masa Tidur dan Si Kecil Anda
Walaupun kebanyakan kanak-kanak yang sedang bertatih sudah dapat tidur lena sepanjang malam, perubahan dan peristiwa yang tidak menyenangkan seperti beralih daripada tidur di tempat tidur bayi kepada tidur di katil pada usia yang terlalu awal, perjalanan atau penyakit boleh menyebabkan gangguan sementara.
Untuk memastikan si kecil anda mendapat rehat dan tidur yang diperlukannya, ikut petua masa mengantuk berikut:
Tetapkan jadual tidur untuk tidur sekejap dan tidur lama (elakkan tidur sekejap pada lewat petang)
Tetapkan rutin waktu malam yang panjangnya 20 hingga 45 minit untuk membantu si kecil menenangkan fikiran dan merehatkan badan
Pastikan persekitaran si kecil itu menenangkan - gelap, dingin dan senyap
Pastikan anak anda berasa mengantuk tetapi masih berjaga sebelum membawanya ke tempat tidur
Jadikan aktiviti waktu malam kegemarannya sebagai aktiviti terakhir untuk hari itu
Tetapkan Rutin Waktu Malam
Rutin sebelum tidur akan membantu si kecil menjadi mengantuk. Rutin ini juga akan memberi isyarat kepadanya bahawa sudah tiba masa untuk berehat dan bersedia untuk tidur. Pastikan anda konsisten dan kekalkan pola yang sama setiap malam. Anak anda akan berasa lebih tenang jika dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Selain itu, pastikan rutin masa tidurnya sentiasa menuju ke arah yang sama - tempat tidur.
Tetapkan Rutin Waktu Malam
Walaupun si manja masih kecil lagi, rutin waktu malam akan membantu bayi anda belajar bahawa sudah tiba masa untuk tidur. Cubalah rutin 3 langkah kami yang termasuk:
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Petua daripada Ibu Bapa Lain
Baca petua di BabyCenter® daripada ibu bapa lain yang arif tentang cara membantu si kecil mereka masuk tidur dan kekal lena sepanjang malam.
Related Products
Related Articles
Tidur Bayi Baru Lahir
Bayi yang baru lahir tidur dengan kerap, tetapi sekejap-sekejap. Syukurlah, terdapat cara untuk membantu mendisiplinkan bayi anda yang baru lahir itu agar mengikut jadual yang tetap. Cara yang memerlukan masa berdua yang senyap dan sunyi di mana anda merangsang derianya ini akan menghasilkan jumlah tidur yang lebih banyak dan perkembangan yang lebih sihat.
Tidur Bayi
Apabila genap 3 bulan, bayi anda akan mula tidur untuk tempoh yang lebih lama pada waktu malam, tetapi anda harus mengekalkan rutin waktu malam. Hal ini penting bukan sahaja supaya bayi anda terus tidur dengan baik, tetapi kerana masa mandi, masa urut dan masa berada dalam dakapan anda juga sama pentingnya.
Rutin 3 Langkah JOHNSON’S®
Kami tahu bahawa membantu bayi anda tidur kadangkala merupakan sesuatu yang sangat sukar. Oleh itu, kami telah membangunkan Rutin 3 Langkah yang telah terbukti berkesan untuk membantu bayi anda tidur dengan lebih baik dan lebih lama.