Skip to main content

Mengurut bayi anda dengan kerap merupakan cara untuk memberinya lebih banyak kasih sayang. Lebih banyak masa untuk mengeratkan ikatan. Lebih banyak rangsangan deria. Perkembangan yang lebih sihat.

Salah satu pengalaman yang paling penting untuk perkembangan sihat si manja ialah sentuhan kasih sayang anda. Kajian mendedahkan bahawa sentuhan dan urutan rutin oleh ibu bapa atau penjaga yang penyayang adalah penting untuk pertumbuhan, komunikasi dan pembelajaran bayi.

Sentuhan: Bahasa Pertama Kita

Dari banyak segi, sentuhan merupakan bahasa pertama kita. Sentuhan yang lembut dan penyayang boleh membantu bayi kecil membesar menjadi lebih kuat dan berasa kurang cemas. Bayi yang mendapat sentuhan rutin menunjukkan 50% lebih banyak membuat hubungan mata dan 3 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mempunyai ekspresi positif keseluruhan berbanding bayi yang tidak mendapatnya.

Di banyak hospital dan pusat kelahiran, bayi yang baru lahir diletakkan di atas dada atau perut ibunya untuk memberi mereka sentuhan kulit ke kulit sebanyak yang mungkin. Sentuhan antara anda dan bayi anda membantu menstabilkan pernafasan bayi anda (satu lagi sebab untuk memberikan dakapan selepas mandi) dan membantu merapatkan anda berdua dari segi emosi—proses yang dikenali sebagai mengeratkan ikatan.

Pengeratan Ikatan dan Manfaat lain Urutan Bayi

Urutan ialah cara yang hebat untuk membantu mengeratkan ikatan anda. Ia merupakan kunci kepada perkembangan kanak-kanak, kerana ramai penyelidik dan doktor merasakan bahawa ikatan yang positif antara ibu dan anak membantu pembentukan asas bagi hubungan masa depan.

Selain membantu mengeratkan ikatan antara anda dan bayi anda, urutan yang kerap juga boleh:

     • Menenangkan bayi anda dan mengurangkan tangisannya
     • Membantu proses pencernaan dan membantu melegakan kembung perut, angin dan sembelit
     • Meningkatkan kenaikan berat badan harian
     • Meningkatkan penyesuaian diri bayi anda dengan tidur waktu malam dan membantu si manja tidur dengan lebih lena
     • Melegakan hidung tersumbat dan kesakitan semasa giginya hendak tumbuh
     • Membantu membina otot, koordinasi dan kelembutan yang baik
     • Meningkatkan kesedaran badan
     • Meningkatkan sistem imun
     • Meningkatkan tekstur kulit
     • Membantu menenang dan merehatkan anda dan bayi anda
     • Meningkatkan keyakinan anda untuk mengurus bayi anda

Sains Bayi!

Selain sentuhan kulit ke kulit, penyelidikan telah menunjukkan bahawa sentuhan dan urutan membawa kepada peningkatan prestasi kognitif. Selain itu, ia turut meningkatkan kepekaan dan kebolehan si manja untuk memberikan perhatian penuh. Namun, menurut Laporan Masa Mandi Global JOHNSON’S®, hanya 23% daripada ibu bapa di seluruh dunia bersetuju bahawa urutan merupakan sesuatu yang penting untuk perkembangan otak anak mereka!

Sentuhan anda menyumbang kepada ikatan emosi pertama bayi anda. Sentuhan ini membantu membina asas bagi pembangunan emosi dan intelek di kemudian hari. Oleh itu, apabila anda memberi bayi anda urutan selepas mandi kelak, ketahuilah bahawa belaian kasih sayang anda itu turut merangsang perkembangan si manja dan boleh memberikan kesan positif yang berkekalan.

Sejarah Urutan

     • Terapi urut merupakan salah satu bentuk rawatan yang tertua di dunia. Ia mempunyai bukti penggunaannya di China, India, dan Mesir sejak lebih 2000 tahun yang lalu
     • Hippocrates mentakrifkan ubat sebagai “seni menggosok” pada 400 BC
     • Berkurangnya terapi urut dalam perubatan Barat bermula pada masa yang sama dengan permulaan revolusi farmaseutikal tahun 1940-an

Mengeratkan Ikatan melalui Urutan

Tunjukkan kepadanya kasih sayang anda menggunakan bahasa pertama bayi anda - sentuhan

BabyCenter® berkongsi cara bagaimana kasih sayang antara anda dan bayi anda berkembang seiring dengan pertumbuhannya.

Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®

Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.

Back to Top