Urutan Bayi: Teknik & Petua
Kini anda sudah tahu bahawa kuasa sentuhan dan urutan boleh mengeratkan ikatan anda berdua dan membantu si manja anda berkembang dengan sihat. Tetapi anda mungkin tertanya-tanya: Bagaimana untuk bermula?
Berikut ialah beberapa petua dan teknik mengurut bayi untuk membantu anda membuat persediaan sebelum mengurut bayi anda dengan selamat. Selain itu, petua ini turut membantu anda memastikan masa mengurut akan menjadi lebih bermakna.
NOTA: Jangan urut bayi anda jika dia sakit atau jika dia baru sahaja menerima suntikan-kawasan sekitar tempat suntikan mungkin masih sakit.
Baby Massage Techniques&Tips
Pilih masa apabila bayi anda tidak tidur dan sedar sepenuhnya, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
Pastikan bilik hangat dan lampu tidak terlalu terang
Pastikan semua keperluan anda ada tersedia: minyak, tuala, lampin yang bersih dan pakaian
Basuh tangan anda dan tanggalkan barang kemas
Gunakan tempat yang selamat dan selesa untuk melakukan urutan dan baringkan bayi dalam kedudukan yang membolehkan dia melihat wajah anda dengan jelas
Sebelum bermula, luangkan sedikit masa untuk menenangkan fikiran dengan menarik nafas yang dalam beberapa kali - ini turut boleh membantu bayi anda berasa tenang
Setiap bayi adalah berbeza dan mereka berubah setiap masa. Sebagai contoh, bayi yang masih kecil mungkin berasa lebih selamat jika memakai pakaian yang lengkap dan jika mereka berasa dekat dengan badan ibu
Gunakan sedikit minyak atau losyen yang dirumus khas, seperti JOHNSON’S® baby oil. Sapukan sedikit di tapak tangan anda — cukup untuk melembapkan tangan anda supaya bayi anda merasakan urutan anda licin dan tidak kasar.
Anda disyorkan supaya tidak menggunakan minyak atau losyen pada kulit yang gatal atau merah. Jika ruam timbul, hentikan penggunaan. Sentiasa baca label sebelum menggunakan mana-mana produk.
AMARAN: Jauhkan produk daripada jangkauan kanak-kanak. Jauhkan sebarang minyak bayi daripada jangkauan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka daripada terminum atau tersedut secara tidak sengaja. Jika tidak, kecederaan serius mungkin berlaku. Sekiranya masalah pernafasan berlaku, sila berjumpa doktor dengan segera.
Melalui urutan, anda boleh meningkatkan kesedaran tentang cara bayi anda berkomunikasi. Anda akan belajar perkara yang disukai, tidak disukai, perkara yang diingini dan emosinya. Anda akan belajar tentang waktu yang terbaik untuk mendakap, bermain dan berehat bersamanya. Hubungan anda juga akan menjadi semakin erat apabila anda dan bayi anda mempelajari perkara yang terbaik untuk anda berdua.
Para ibu di seluruh dunia yakin dengan penjagaan bayi oleh JOHNSON’S®
Kami bekerjasama dengan para ibu, pakar penjagaan kesihatan dan saintis bagi memastikan produk kami terus mencapai piawaian tertinggi dalam keselamatan, kualiti dan penjagaan.
Mengeratkan Ikatan melalui Urutan
Tunjukkan kepadanya kasih sayang anda menggunakan bahasa pertama bayi anda - sentuhan
Cara Deria Sentuhnya Berkembang
Deria sentuh bayi bermula di dalam rahim. Ingin tahu setakat mana perkembangan deria sentuh si manja dalam tahun pertama? BabyCenter® membawa anda menelusuri perkembangannya bulan demi bulan.
Related Products
Related Articles
Panduan Mengurut Bayi Baru Lahir
Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang lebih lembut dan berhati-hati berbanding biasa. Ketahui cara mengurut kulit yang halus itu dengan selamat sambil merangsang perkembangannya.
Panduan Mengurut Bayi: Enam Minggu ke Atas
Apabila bayi anda semakin membesar, anda boleh menambahkan lebih banyak gerakan kepada rutin urut anda. Hal ini akan memberi anda lebih banyak peluang untuk melibatkan derianya dan menjadikan urutan jauh lebih bermakna.
Panduan Mengurut Bayi: Enam Bulan ke Atas
Apabila bayi anda semakin membesar, anda boleh menambahkan lebih banyak gerakan kepada rutin urut anda. Hal ini akan memberi anda lebih banyak peluang untuk melibatkan derianya dan menjadikan urutan jauh lebih bermakna.